Friday, November 28, 2008

http://www.theSpaceAds.com/?rId=133341

Saya terpanggil untuk membantu usahawan2 yang tidak dapat login dspaceAds.com
Sila layari link dibawah untuk withdrwal/keluarkan duit: http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita

http://www.thespaceads.com/default1.aspx
http://www.theSpaceAds.com/?rId=133341

: Thespaceads.com lebarkan sayap

LAMAN web perniagaan tempatan, www.thespaceads.com bakal mengembangkan perniagaan ke luar negara akhir tahun ini selepas laman web itu mencuri tumpuan pengunjung negara ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kamal Fakhri Ariffin, berkata lebih 110,000 dengan purata 300 pelayar sehari mengunjungi laman web itu.Beliau berkata, pihaknya membuka keahlian kepada semua golongan.“Kini lebih 10,000 termasuk badan korporat, usahawan, peniaga, pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS), usahawan teknologi maklumat (IT), penggiat industri jualan langsung dan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) serta orang per seorangan yang berminat dalam perniagaan online atau e-kewangan berminat menyertai kami.“Kami menerima banyak maklum balas positif di kalangan usahawan yang menggunakan kaedah online untuk berurus niaga.“Kaedah online lebih mudah, berkesan terutama mencari pelanggan baru selain menjimatkan kos,” katanya.Laman web itu bertujuan membudayakan masyarakat dan menjadi pendukung pembangunan di bidang perniagaan serta keusahawanan.Selain itu, syarikat memiliki objektif luas yang mendidik masyarakat supaya celik IT dan melahirkan Usahawan Siber yang berdaya saing. Ia juga menyediakan asas kepada usahawan dan peniaga serta individu berkecimpung dalam perniagaan e-kewangan di pasaran dunia tanpa sempadan.Mengenai e-shoppe yang akan dilancarkan tidak lama lagi, katanya ia adalah pasar raya maya yang diwujudkan di laman web seolah-olah seperti sebuah gedung perniagaan.Produk yang dipasarkan diperoleh dari pengilang sedia ada atau ahli yang mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan serta perundangan semasa.“Kami bertindak sebagai agen untuk memastikan segala transaksi berlaku dengan betul dan tiada penipuan berhubung pesanan oleh pembeli.“Sewa e-shoppe ialah RM2,400 setahun,” katanya.Untuk keterangan lebih lanjut mengenai produk e-shoppe sila hubungi talian 03-87240632/ 012-2576248 atau datang untuk rundingan percuma di pejabat RK28-3, Jalan Villa 3, Anggerik Villa, Kajang, Selangor.

Klik sini untuk carian bagi tahun 2005-2006 bagi thespaceads.
Promosi produk dalam talianMEMULAKAN perniagaan memerlukan perancangan rapi, bukan sekadar modal tetapi promosi dan pemasaran kerana tiada guna produk yang dikeluarkan bermutu tetapi tidak boleh dijual.
Thespaceads.com lebarkan sayapLAMAN web perniagaan tempatan, www.thespaceads.com bakal mengembangkan perniagaan ke luar negara akhir tahun ini selepas laman web itu mencuri tumpuan pengunjung negara ini.
http://www.dspaceads.com/?id=bigmoney
http://www.dspaceads.com/?id=bigmoney

Tuesday, November 25, 2008

Status Derma Sumbangan Markazehsan setakat hari ini

Alhamdulillah Markaz Ehsan berjaya mengumpulkan dana sebanyak > us$250.00
hasil sumbangan dari korporate Terima Kasih atas sumbangan tuan/puan<>


Current Account Balance

GoldPlan Referral Income (GRI)
:
US$ 30.00
GoldPlan Team Income (GTI)
:
US$ 222.00
GoldPlan Pool Income (GPI)
:
US$ 0.00
GoldPlan Unilevel Income (GUI)
:
US$ 39.50
Total SMS Sent
:
77
Total SMS Charge
:
US$ 6.16

Reentry unit (10%)
:
US$ 28.53

Available for withdrawal
:
US$ 256.81
Reentry Account
:
US$ 0.00

Sila Layari website ini:
http://www.dspaceads.com/?id=MeHsAn

Thursday, November 20, 2008

Derma untuk Markaz Ehsan

Laman web untuk anda menaja ialah:
http://www.dspaceads.com/?id=LaNdLoRd

Banjir - Dua Sungai Mencecah Paras Amaran Batu Burok Beach Resort Dinaiki Air

Oleh Wartawan Buletin
Friday, 21 November 2008
Kuala Terengganu - Paras air di beberapa sungai utama di negeri itu mulai melepasi paras amaran berikutan hujan lebat yang turun sejak petang kelmarin.
(Gambar – Banjir kilat di jalan Cerong Lanjut minggu lalu – Baca Berita)
Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berkata sehingga pukul 10 pagi, paras air di Sungai Nerus di Langkap telah mencecah paras amaran 20.64meter.Katanya paras air di Sungai Setiu, di Kampung Besut juga mencecah 17.33meter, melepasi paras waspada 17.2m.Sementara itu Bernama melaporkan Batu Buruk Beach Resort yang terletak di pantai perangin Batu Buruk dinaiki air sedalam hampir satu meter awal pagi semalam.Seramai 59 tetamu Batu Buruk Beach Resort (BBBR), yang terletak berhampiran kawasan pantai dikejutkan dari tidur pada pukul 3.30 pagi apabila air memasuki bilik mereka akibat hujan yang turun berterusan sejak petang semalam.Pengarah Urusan BBBR, Rajemah Sheikh Ahmad yang mendakwa terpaksa menanggung kerugian lebih RM500,000 berkata kejadian itu berpunca daripada sistem perparitan, yang terletak bersebelahan resort itu tersumbat menyebabkan air longkang melimpah dan menenggelami kira-kira 30 bilik di tingkat bawah resort itu."Hujan yang berterusan telah menyebabkan air longkang berhampiran melimpah sehingga tembok resort runtuh dan memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan tetamu."Selain 30 bilik penginapan di tingkat bawah ditenggelami air, kawasan dapur, ruang lobi, ruang makan dan kawasan tempat letak kereta turut ditenggelami air," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.Rajemah berkata almari, katil, dapur dan beberapa peralatan lain milik resort itu turut rosak.Beliau berkata kesemua 59 bilik di resortnya telah habis ditempah untuk musim cuti ini termasuk tempahan oleh agensi kerajaan untuk mengadakan seminar.Beliau berharap Jabatan Pengairan dan Saliran negeri serta kerajaan negeri memandang serius masalah yang dihadapinya dan mengambil tindakan mengatasi masalah itu kerana keadaan itu boleh memberikan imej yang buruk kepada pelancong ke Terengganu pada musim tengkujuh.

Tuesday, November 18, 2008

MESYUARAT AJK MARKAZ EHSAN

ME akan mengadakan mesyuarat penuh:
Pada 19 Nov 2008
Hari Rabu
Jam 9:15 mlm
Bertempat di Bilik Mesyuarat Darul Bayan Pinang Merah. Pengerusi telah memaklumkan bahawa mesyuarat tersebu adalah penting kerana akan membincangkan Perlaksanaan program ME untuk tahun 2008/2009.

Semua AJK sudah dimaklumkan akan tarikh mesyuarat tersebut dan hendaklah membawa maklumat dari cawangan masing2 berhubung dengan Senarai fakir miskin, ibu tunggal, nama penderma, senarai kenderaan yang diwakafkan untuk kegunaan ME.

Penasihat Narkaz Ehsan Ustaz Saiful bahri Mamat akan memberikan garis panduan kerja ME dan beberapa taklimat isu semasa dalam DUN Paka insya`Allah.

Thursday, November 6, 2008

Markaz Ehsan mendapat Setiausaha baru

Pusat Khidmat DUN Paka (Markaz Ehsan) telah berjaya mendapatkan seorang aktivist PAS yang komited dengan program kemasyarakatan. Beliau dengan rendah hati telah menerima jawatan tersebut dan akan mencuba menjalankan amanah yang diberikan dengan baik insya`Allah.

Beliau telah dicadangkan oleh beberapa orang pimpinan dalam DUN Paka dan beliau telah menerima perlantikan tersebut mulai hari ini. Segala urusan berhubung dengan Markaz Ehsan boleh lah emelkan kepada Sdra Nurulfalah dialamat alfal1975@yahoo.com.

Pengerusi Markaz Ehsan mengucapkan Terima Kasih kepada pencadang dan penyokong calun Setiausaha yang telah diumumkan sebelum ini.
Laman web untuk anda menaja ialah:
http://www.dspaceads.com/?id=markazehsan

Tuesday, November 4, 2008

Jawatan Kosong sebagai Setiausaha Markaz Ehsan

Assalamualaikum wr wbh
Alhamdulillah Markaz Ehsan aktif dengan aktiviti kemasyarakatannya seperti biasa tetapi oleh kerana tugas Jawatan Setiausaha hanya dijalankan oleh Penolong Setiausaha maka dalam retreat Dewan Harian DUN Paka telah memutuskan supaya jawatan Setiausaha ini perlu disi.
Saya telah dimaklumkan oleh Pengerusi Markaz Ehsan supaya mencari calun yang sesuai untuk jawatan tersebut kerana banyak program kemasyarakatan akan dijalankan oleh Markaz Ehsan dalam masa terdekat ini.
Oleh hal yang demikian diharap ahli PAS dalam DUN Paka dapat menyambut tawaran ini demi untuk perjuangan kita memasyarakatkan PAS dan seterusnya melicinkan lagi perjalanan program kebajikan terhadap masyarakat dalam DUN Paka.
Segala permohonan secara sukarela atau cadangan calun Setiausaha hendaklah di emailkan kepada: markazehsan@yahoo.co.uk atau pun hubungi Pejabat Markaz Ehsan 09-8275177 dengan kadar segera insya`Allah.
Diatas kerjasama dan sokongan semua pendokong PAS saya dahului dengan jazakumullah....
Wasallam
PAS FOR ALL

Monday, November 3, 2008

Betulkan Matlamat Perjuangan, Banyakkan Kebajikan

Ditulis oleh WanKay
Wednesday, 22 October 2008
Kuala Terengganu - Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Muhamed Daud Iraqi menyeru seluruh umat Islam terutama di kalangan ahli parti membetulkan matlamat perjuangan.
Beliau berkata matlamat perjuangan biar jelas dengan Islam yang menjadi dasar agar tidak terpesong dalam kehidupan ini.
Katanya, dasar dan matlamat perjuangan PAS jelas Islam di hadapan dan berusaha mendapatkan pemerintahan tersebut.
“Matlamat perjuangan kita (PAS) biar jelas iaitu Islam yang menjadi dasar perjuangan parti. Kita (PAS) berusaha untuk tubuh kerajaan Islam sejak dari dahulu lagi,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Kebajikan PAS Negeri Terengganu, di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, dekat sini, baru-baru ini.
Menurutnya Islam lebih mengutamakan kebajikan tetapi mungkin kurang diberi perhatian kerana masalah kewangan.
“Kita hendak memasyarakatkan PAS dan kita kena ada aktiviti kemasyarakatan. Masjid dan surau kita kena menguasainya.
“Banyak kebajikan boleh buat dengan mengajar al-Quran, fardhu ain dan ilmu-ilmu agama kepada masyarakat setempat,” ujarnya.
Menurutnya, golongan Kristian sangat mengambil berat dalam bab kebajikan sehingga ada orang Islam yang menyeleweng dan tinggal Islam.
Katanya, terdapat orang Islam yang terima bantuan kebajikan dari kumpulan Kristian dan terus bersama mereka.
Sebab itu, katanya PAS mengambil berat dan dalam Dewan Ulama dan PAS Pusat ditubuhkan Lajnah Kebajikan.
“Kebajikan ini perlu dan masyarakat akan mendekati kita (PAS) apabila dia (rakyat) dapat sumbangan kebajikan daripada kita (PAS).
“Kita (PAS) ambil berat dalam hal ini (kebajikan). Dewan Ulama dan PAS Pusat pun tubuh Lajnah Kebajikan,” jelasnya.
Katanya, semua aktiviti-aktiviti yang boleh mendekatkan diri kita (PAS) dengan masyarakat perlu diketengahkan.
Menurutnya, aspek kebajikan dan kemasyarakatan mampu menarik minat dan pengaruh yang menguntungkan Islam.