Tuesday, November 4, 2008

Jawatan Kosong sebagai Setiausaha Markaz Ehsan

Assalamualaikum wr wbh
Alhamdulillah Markaz Ehsan aktif dengan aktiviti kemasyarakatannya seperti biasa tetapi oleh kerana tugas Jawatan Setiausaha hanya dijalankan oleh Penolong Setiausaha maka dalam retreat Dewan Harian DUN Paka telah memutuskan supaya jawatan Setiausaha ini perlu disi.
Saya telah dimaklumkan oleh Pengerusi Markaz Ehsan supaya mencari calun yang sesuai untuk jawatan tersebut kerana banyak program kemasyarakatan akan dijalankan oleh Markaz Ehsan dalam masa terdekat ini.
Oleh hal yang demikian diharap ahli PAS dalam DUN Paka dapat menyambut tawaran ini demi untuk perjuangan kita memasyarakatkan PAS dan seterusnya melicinkan lagi perjalanan program kebajikan terhadap masyarakat dalam DUN Paka.
Segala permohonan secara sukarela atau cadangan calun Setiausaha hendaklah di emailkan kepada: markazehsan@yahoo.co.uk atau pun hubungi Pejabat Markaz Ehsan 09-8275177 dengan kadar segera insya`Allah.
Diatas kerjasama dan sokongan semua pendokong PAS saya dahului dengan jazakumullah....
Wasallam
PAS FOR ALL

No comments:

Post a Comment