Sunday, February 7, 2016

Kesan TPPA yang tidak berhati perut

CAP menggesa Ahli Parlimen untuk menolak TPPA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa Kerajaan sedang memperolok-olokkan Parlimen dengan memohon kebebasan penuh bagi negara untuk terikat dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Dalam mengemukakan usul di Parlimen, kerajaan mahu mandat untuk menandatangani DAN meratifikasi TPPA. Menandatangani sebelum memahami dengan penuh implikasi pelbagai tanggungjawab dan komitmen baru adalah cukup buruk, tetapi untuk meminta Parlimen untuk bersetuju dengan ratifikasi, iaitu satu langkah yang mengikat secara undang-undang, pada peringkat ini adalah sama seperti Kerajaan mengakui ia tidak akan mengambilkira keresahan yang semakin meningkat daripada kalangan banyak rakyat Malaysia.

Hari pertama perbahasan di Dewan Rakyat menyaksikan beberapa ahli Parlimen pembangkang membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan yang CAP telah suarakan kepada kerajaan dalam tempoh empat tahun yang lalu. Analisis awal lebih 6,300 mukasurat teks oleh pelbagai pakar-pakar termasuk beberapa dari Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli akademik dan NGO telah mengesahkan semua kebimbangan CAP.

Daripada 30 bab TPPA, 24 bab disasarkan kepada dasar-dasar negara dan undang-undang yang akan mengubah struktur ekonomi negara kita dan juga masyarakat. Implikasi penuhnya masih belum difahami dengan betul lagi.

Apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato' Sri Mustapa Mohamed memaparkan barangan dari seluar ke bahagian kereta dalam ucapannya di Parlimen hari ini untuk menunjukkan jangkaan peningkatan eksport daripada TPPA, beliau juga mengakui bahawa laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang kerajaan arahkan menunjukkan bahawa imbangan perdagangan keseluruhan Malaysia akan menjadi lebih teruk dalam TPPA sebab lebih import berbanding eksport. Oleh itu, Menteri MITI mengakui tiada keuntungan daripada bab perdagangan di mana Malaysia sepatutnya mendapat manfaat, jadi tidak ada faedah melebihi kos kepada Malaysia dari 24 bab bukan perdagangan.

Di samping itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia telah didorong oleh permintaan dalam negeri untuk lebih daripada satu dekad dan tidak lagi bergantung kepada ekonomi eksport. Oleh itu CAP berpandangan tidak ada alasan dan justifikasi untuk perjanjian TPPA ini, yang sebenarnya bukan semuanya tentang perdagangan.

Ia tidak menenangkan hati pengguna untuk mempunyai beberapa barangan import yang lebih murah apabila TPPA dalam suatu jangkamasa akan menyebabkan kehilangan pekerjaan. Satu kajian Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini memberi amaran bahawa TPPA akan membawa kepada kerugian pekerjaan di semua 12 negara TPPA, berjumlah 771,000 pekerjaan akan hilang dalam jangkamasa 10 tahun (2015 - 2025).

Dengan ini CAP mendesak Ahli Parlimen kita untuk menolak usul menandatangani dan meratifikasi TPPA. Jika undi suara hati tidak dibenarkan untuk ahli Parlimen, maka ia adalah pada hati nurani mereka bahawa generasi masa depan rakyat Malaysia akan menanggung beban dan kos muktamad "perjanjian perdagangan bebas" yang tidak berhati perut ini.

27 Januari 2016

Monday, January 13, 2014

Jom bersama dengan Ust Haslin Bollywood......


Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka) akan menganjurkan program makan malam dan bersantai dengan Ustaz Haslin Bahrin atau lebih dikenali ramai dengan nama Ustaz Bollywood. Majlis tersebut akan diadakan di dataran Sek Ren Islam Darul Bayan, Jalan Santong, Paka.
 
Majlis tersebut terbuka kepada orang ramai dan tempat adalah terhad. Penyertaan masih lagi diterima sekarang ini dan tuan/puan boleh lah berhubung dengan Hj.Hamid 019-9822494 atau Ustaz Ja 019-9156365 untuk membeli kupon penyertaan sebagai individu sebanyak RM100.00 atau pun membeli satu meja yang dikhaskan untuk 8 orang sebanyak RM800.00.
 
Disamping menjamu selera kita juga berpeluang untuk mengikuti ceramah dan juga beberapa buah lagu yang  akan diselitkan untuk menarik golongan anak muda dalam majlis tersebut. YB Ust Saiful Bahari Mamat selaku ADUN Paka akan turut bersama dengan kita pada malam tersebut.
 
Sumbangan yang didermakan untuk program ini akan digunakan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Markaz Ehsan sepanjang lebih 10 tahun bersama masyarakat. Antara kebajikan yang telah dilaksanakan ialah setiap tahun sebelum hari raya aidilfitri akan memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, orang kurang berupaya dan anak yatim. Markaz Ehsan juga telah berusaha membaiki rumah mereka yang uzur dan membina rumah dalam program Baiti Jannati untuk membantu mereka yang tiada kemampuan untuk membina rumah. 

Thursday, January 9, 2014

ADUN Paka YB Ustaz Saiful Bahari Mamat telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR DUN Paka pada 25 Disember 2014. Seramai 275 orang pelajar terdiri dari 166 orang pelajar UPSR dan  109 orang pelajar PMR termasuk dari sekolah Cina.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Jalan Santong. Paka.

Tuesday, August 13, 2013

Markaz Ehsan akan mengadakan SHARAF yang membawa erti singkatan dari  Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YB Ustaz Saiful Bahari Mamat ADUN Paka. Lokasi yang paling mudah dihadiri oleh segenap rakyat dalam DUN Paka khususnya dan seluruh Kawasan Dungun amnya ialah dataarn PGU Paka iaitu dipersimpangan Santong.

Kali ini sambutan akan menjadi lebih meriah setelah PAS dapat merampas DUN Paka dari UMNO Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. Walaupun Negeri Terengganu masih dibawah pemerintahan BN namun rakyat Paka tetap menganggap PAS yang memerintah Terengganu. Mereka sudah lama menunggu untuk merayakan kemenangan ini bersama YB Ustaz Saiful Bahri Mamat. Sambutan SHARAF kali ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran YB Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli Ahli Parlimen Dungun.

Kebiasaannya MTD Paka menyerahkan penyelarasan majlis kepada AJK Markaz Ehsan untuk menentukan menu dan acara yang akan berlangsung pada setiap tahun. Pada tahun ini pasti akan betambah seri dengan kejutan yang akan dibuat oleh panitia SHARAF. Markaz Ehsan menjemput seluruh rakyat DUN Paka hadir dalam program SHARAF tahun ini.

Thursday, July 11, 2013

Penamaan ditutup, hanya PAS & BN hantar borang

Hari ini bermula kehangatan di Kuala Besut dengan penamaan calon bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Cuaca mendung, hujan renyai-renyai serta tiupan angin Laut Cina Selatan bakal menambah lagi semangat calon dan penyokong yang tetap berkumpul sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.