Tuesday, November 18, 2008

MESYUARAT AJK MARKAZ EHSAN

ME akan mengadakan mesyuarat penuh:
Pada 19 Nov 2008
Hari Rabu
Jam 9:15 mlm
Bertempat di Bilik Mesyuarat Darul Bayan Pinang Merah. Pengerusi telah memaklumkan bahawa mesyuarat tersebu adalah penting kerana akan membincangkan Perlaksanaan program ME untuk tahun 2008/2009.

Semua AJK sudah dimaklumkan akan tarikh mesyuarat tersebut dan hendaklah membawa maklumat dari cawangan masing2 berhubung dengan Senarai fakir miskin, ibu tunggal, nama penderma, senarai kenderaan yang diwakafkan untuk kegunaan ME.

Penasihat Narkaz Ehsan Ustaz Saiful bahri Mamat akan memberikan garis panduan kerja ME dan beberapa taklimat isu semasa dalam DUN Paka insya`Allah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum
    Alhamdulillah dapat juga ME bermesyuarat malam ini & kita akan sama2 merancang beberapa initiatif baru yang lebih inovatif untuk kepentingan semua rakyat dalam DUN Paka. Sebagai contoh menyenaraikan senarai seluruh fakir miskin dan penerima bantuan zakat dalam DUN Paka akan membolehkan ME menyalurkan bantuan dengan lebih sistematik lagi setiap bulan insya`Allah. Jika pihak cawangan tidak menghantar maklumat bagaimana ME nak hulurkan bantuan kepada mereka.

    Begitu juga senarai ibu tunggal yang mana pihak ME boleh memberi pekerjaan kepada mereka semua dengan kerja yang boleh dibuat dari rumah sahaja.

    Paling baik sekali ME dapat ,menyenaraikan atau data base semua korporat pas dalam DUN Paka supaya sumbangan mereka akan lebih berkesan jika dibuat secara terancang dan dapat meyakinkan para penderma.

    Disarankan tahun depan ME buat majlis berkhatan secara lebih grand dengan menjemput pimpinan negeri merasmikannya.....ini semua untuk menyerlahkan lagi peranan ME....insya`Allah.

    Konsep Negara Berkebajikan PAS akan terlaksana jika semua perancangan ME berjaya dilaksanakan dan insya`Allah menjelang PR13 DUN Paka akan kembali kepada PAS dan Negeri Terengganu akan menjadi milik PR insya`Allah....amin.

    ReplyDelete