Friday, July 1, 2016

PERUTUSAN AIDILFITRI 2437



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (Surah Al-Baqarah:185).

Alhamdulillah marilah kita panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah menganugerahkan Ramadan yang sangat bermakna kepada kita semua. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita dengan menatijahkan taqwa.

Ramadan adalah bulan yang penuh seribu hikmah, membina diri menjadi insan yang benar-benar bersifat hamba yang taat dan patuh sepenuhnya kepada perintah Allah SWT. Ramadan juga melatih kita agar menjadi insan yang prihatin terhadap masyarakat terutama golongan lemah yang memerlukan pembelaan dan bantuan. Ramadan juga adalah bulan mujahadah yang mendidik jiwa setiap insan muslim bukan sekadar membina jati diri taqwa di peringkat individu, bahkan mujahadah membela nasib Ummah dan agama Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT.

Aidilfitri 1437H sekali lagi disambut dalam keadaan Umat Islam sangat lemah. Banyak tanah air umat Islam sedang dilanda perpecahan dan peperangan saudara. Negara-negara umat Islam jauh ketinggalan dari segala sudut berbanding Negara-negara bukan Islam. Keadaan ini berlaku kerana jauhnya Ummah daripada petunjuk Allah SWT. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan sinar harapan yang gemilang buat seluruh Ummah.    

Kepada seluruh umat Islam, “Selamat Menyambut Aidilfitri” dengan semangat kemenangan dan semangat taqwa yang telah berjaya dibina disepanjang “Tarbiah Ramadan”. Kepada seluruh ahli PAS, raikanlah Aidilfitri kali ini dengan semangat membara untuk terus bekerja sekuat daya untuk menegakkan Agama Allah SWT di persada negara.  

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Saturday, June 25, 2016

PAN BERTANDING DI MANA DALAM PRU14???

PAN BAKAL BERTANDING DI KAWASAN MAJORITI BUKAN ISLAM DAN KAWASAN BERCAMPUR

Akhirnya PAS tewas di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Pengerusi BN pun tersenyum lebar selebar kecerian hari lebaran yang bakal disambut oleh ummat Islam tidak berapa lagi. PAN pula begitu seronok dapat memberi saingan sengit kepada PAS. Presiden PAN pun tersenyum lebar, selebar senyuman Pengerusi BN atau terlebih sedikit.

Tetapi wajah-wajah pimpinan PH daripada DAP dan PKR kelihatan berkerut dan runsing. Tempo serangan pantas dan bengis mereka tanpa henti mereka terhadap PAS sepanjang 2 PRK berlangsung, tiba-tiba hilang momentum secara mengejut!

Sambil mengubah riak wajah mereka yg bengis kepada wajah yang lebih mesra dan lebih demokratik, dengan selambanya, mereka bercakap kepada PAS melalui perantaraan media, "kita pembangkang perlu kembali ke meja rundingan". Nada suara rendah tetapi meyakinkan.

Lim Kit Siang memulakan rundingan di luar kamar dengan mencadangkan persepakatan pembangkang yang baru wajar menyerahkan kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk ditandingi oleh PAS.

Pantas cadangan beliau dibentak oleh Ustaz Idris Ahmad, "ikut suka PASlah nak bertanding dimana!". Pengarah pilihanraya PRK Kuala Kangsar itu jelas sekali gagal menyembunyikan amarahnya, lantaran serangan ganas PH ke atas PAS di Kuala Kangsar sehingga mengorbankan peluang cerah PAS untuk menumbangkan BN di sana.

MB Selangor daripada PKR pula, terpaksa mengubah intonasi berbaur ugutan kepada PAS kepada intonasi yg lebih lunak ketika menjelaskan kepada rakyat bahawa Kerajaan Selangor masih stabil. Jangkaannya terhadap kemampuan PAN dalam menarik undi melayu Islam meleset dengan teruk sekali. Akhirnya, dalam keadaan malu-malu, terpaksa juga bertongkat dengan ADUN-ADUN PAS.

Kata Lim Kit Siang lagi, negeri-negeri lain pula selain daripada 4 negeri itu, biarlah difokuskan oleh PAN.

PAS yg tidak ada dalam PH, tetapi secara terus terang diarahkan oleh Lim Kit Siang supaya menyerahkan hak kerusi-kerusi yg ditandinginya dalam era PR kepada PAN,  anak angkat DAP yg ditatang bagi minyak yg penuh itu. Ini ajaib. Nak mengarahkan orang bukan orang bawahannya atau bukan anak angkatnya.

Apa maknanya ini?

Maknanya, DAP tidak akan beri hak bertanding kepada PAN bagi kerusi-kerusi yg ditandingi oleh DAP dalam era PR. DAP juga tidak akan meminta PKR untuk menyerahkan kerusi-kerusi PKR kepada PAN. Ini kerana, ia boleh mengundang krisis besar antara DAP dan PKR seperti halnya di Sarawak baru-baru ini. PAN adalah anak angkat DAP yg hanya diberi secebis kasih sayang oleh PKR.

Bapa angkatlah yg sepatutnya lebih sanggup berkorban untuk anak angkatnya. Jika bapa angkat tak sanggup nak korbankan kerusinya untuk PAN, tentulah PKR yg sekali sekala mendukung anak angkat DAP itu tidak wajar diminta membuat pengorbanan sebesar itu.

Lalu Lim Kit Siang mengambil jalan mudah, disuruhnya PAS yg diserangnya setiap hari, pagi, petang, siang dan malam, untuk menyerahkan hak bertanding di selain 4 negeri tadi kepada anak angkatnya, PAN. Lim Kit Siang, buat-buat terlupa, PAN adalah anak derhaka kepada PAS. Jenayahnya kepada PAS begitu ngilu dan menusuk qalbu. Sanggup mengkhianati parti dan mengkhianati agenda pemerkasaan undang-undang syariah.

Bagaimanakah PAS akan serahkan kerusi-kerusinya di pantai barat dan negeri-negeri lain kepada anak derhakanya yang sombong dan begitu kencang sekali memaki kedua ibu bapanya. Mentang-mentanglah dia sudah mendapat bapa angkat yang lebih hensem, lebih glamour dan lebih memahami mereka. Sekurang-kurangnya itulah pandangan PAN terhadap bapa angkatnya.

Pada pandangan saya, Lim Kit Siang memberi isyarat kepada PAN agar berdikari mencari kerusi sendiri. Jangan sekadar meminta-minta saja daripada bapa angkat setiap kali pilihanraya. Usahalah minta atau rampas hak bertanding daripada PAS.

Malangnya kajian pasca PRK berkembar merumuskan PAN gagal memenangi hati pengundi melayu beragama Islam, dan bergantung kuat kepada sokongan bukan melayu dan bukan Islam. Oleh itu kekuatan PAN, adalah sejenis dengan kekuatan yg dimiliki oleh DAP dan PKR, iaitu kerusi-kerusi di mana pengundinya terdiri daripada majoriti bukan Islam dan kawasan-kawasan bercampur.

Jika PAN berebut kerusi dengan PAS di kawasan majoriti melayu Islam, ia adalah usaha yg terlalu jelas sia-sia. Jika PAN membuat analisis SWOT dengan objektif, maka dia akan berjuang untuk mendapat sebahagian kerusi-kerusi PKR dan bapa angkatnya DAP bagi meneruskan survivalnya.

Jika itu berlaku, tiada siapa lagi akan menyayangi PAN. Pertembungan PAN dengan DAP dan PKR baru saja akan bermula. Mungkin pembangkang di Malaysia, mula berfikir pada ketika itu, PAN ini anak angkat yang terlalu besar kos 'overhead'nya.

Lebih baik tiada daripada ada.

Zakaria Ismail
AJK PAS KAWASAN MARANG
25 Julai 2016/ 20 Ramadhan 1437 H

PAS DUN Paka memberikan bantuan kebajikan kepada penduduk miskin dan OKU

Paka, 25hb Jun 2016 :
Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka) telah memberikan bantuan sempena bulan Ramadhan ini kepada 600 orang fakir miskin dan Orang Kurang Upaya, Program tersebut telah di sempurnakan oleh ADUN Paka YB Ustaz Saiful Bahari Mamat dan Ahli Parlimen Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli di Dataran PGU Simpang Santong pagi tadi.;'

YB Ustaz Saiful telah memberi ucapan sebelum agihan bantuan tersebut dilakukan. Cuaca yang sangat baik pada pagi tadi telah melicinkan agihan tersebut.


Friday, June 24, 2016

Catatan Dhuha

Berpaling daripada petunjuk Al-Quran, bererti menempuh kecelakaan di dalam hidup.

 Orang yang jauh daripada petunjuk Al-Quran, buah fikirannya tersasar jauh daripada kebenaran.

 Hujahnya tidak kekal lama, kerana kebatilannya akan terserlah selepas beberapa ketika.

 Ustaz Hj Idris Hj  Ahmad
20 Ramadhan
25 Jun 2016 Sabtu.

Saturday, June 18, 2016

Tahniah, PAS telah menang sampaikan risalah








HARAKAHDAILY | .
Allah berfirman:

وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ    

"Dan satu lagi yang kamu cintai iaitu bantuan daripada Allah dan pembukaan yang hampir dan berilah berita gembira kepada orang-orang beriman." (Surah al-Saf ayat 13)

Alhamdulillah misi perjuangan PAS telah berjaya disampaikan dalam 2 PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Kemenangan BN bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana mereka telah memenangi kerusi itu sebelumnya.

Menegur kemungkaran dan salah urus tadbir BN kekal menjadi amanah dakwah PAS kepada umat dan rakyat Malaysia. Menegaskan pendekatan berpolitik secara matang dan sejahtera perlu diperkasakan lagi untuk PRU ke-14. Para pejuang Islam tidak pernah kalah dalam perjuangan mereka.

Ahli-ahli PAS perlu terus yakin bahawa dengan membawa prinsip perjuangan Islam yang tegas pengaruh PAS akan terus bertahan dan bertambah. Jangan bimbang! Pengaruh tidak akan hilang kerana menegaskan prinsip Islam dalam berpolitik kerana pengaruh Islam akan sentiasa berkembang.

Terima kasih kepada para pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang terus bersama dengan PAS. Juga tahniah kepada semua para petugas.

Ternyata menerusi keputusan 2 PRK bahawa kekuatan PAS secara bersendiri jauh melebihi pengaruh masing-masing DAP atau PKR secara bersendiri.

Parti-parti pembangkang yang menumpang kekuatan PAS sebelum ini dalam menghadapi BN perlu menginsafi diri bahawa mereka tidak akan ke mana tanpa PAS.

Misi PH untuk menjadi pengacau kepada kerusi tradisi PAS dalam 2 PRK telah berjaya.

Kekuatan sebenar Pakatan Harapan boleh dinilai menerusi 2 PRK ini. Maka usahlah terpedaya dengan fatamorgana di padang pasir.

Dr Khairuddin Takiri
Madinah 17.35 malam / 10.35 malam waktu Malaysia - HARAKAHDAILY 18/6/2016

Rasmi: BN menang besar di Sg Besar, Kuala Kangsar Hari ini, 6:43 petang Hari ini, 10:15 malam

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Pegawai pengurus Mior Muhammad Jamil Mior Zakaria berkata Mastura berjaya mendapat 12,653 undi.
Kemenangan Mastura disambut tepukan gemuruh daripada hadirin di dewan itu, yang juga termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Berikut keputusan rasmi:
Izat Bukhary Ismail Bukhary 54
Dr Najihatussalehah Ahmad 5,684
Mastura Mohd Yazid 12,653
Ahmad Termizi Ramli 4,883
Undi rosak 239
Majoriti 6,969

Rasmi: BN menang di Sg Besar, majoriti melonjak
9.55pm: Sg Besar – Keputusan rasmi:
BN: 16, 800
AMANAH 7,609
PAS: 6,902
Majoriti: 9,191

Tuesday, June 14, 2016

Kupon Iftar Jamaie Sedang dijual/edaran oleh PAS Cawangan

Pihak Pejabat DUN Paka telah mengedarkan KUPON kepada PAS Cawangan untuk booking kerusi dalam Program Iftar Jamaie yang akan diadakan pada 22hb Jun 2016 di Dewan Besar Darul Bayan. Program ini diadakan untuk menambahkan dana agihan bantuan kepada fakir miskin dan OKU pada 25/6/2016 di Tapak PGU Simpang Traffic Light Santong, Paka.
Tempat adalah terhad dan diharapkan kepada penderma yang berhajat untuk hadir boleh mendapatkan kupon tersebut yang berharga RM100 sekeping dari PAS Cawangan yang berhampiran dalam DUN Paka atau pun dari Pejabat Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka) secepat mungkin sebelum kerusi penuh ditempah.Setiausaha Politik Tuan Guru Presiden PAS akan hadir bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu dan akan menyampaikan TAZKIRAH dan ISU SEMASA yang sedang hangat diperkatakan sekarang.

Monday, June 13, 2016

Markaz Ehsan akan menganjurkan Program Amal Kebajikan untuk musim ke-5 pada hari Sabtu bertarikh 25 Jun 2016 akan datang. Kempen seorang RM100 & Sekampit Beras telah berjalan sekarang untuk sasaran agihan kepada lebih 600 orang Fakir Miskin dan OKU dalam DUN Paka. Sumbangan anda boleh di salurkan kepada Markaz Ehsan di Pejabat ADUN Paka atau Bankin dalam akaun MARKAZ EHSAN Maybank no: 563082006735 atau Bank Islam no:13044010003623 (sms selepas bankin kpd: 019 9360774)


 
 
 

Sunday, February 7, 2016

Kesan TPPA yang tidak berhati perut

CAP menggesa Ahli Parlimen untuk menolak TPPA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa bahawa Kerajaan sedang memperolok-olokkan Parlimen dengan memohon kebebasan penuh bagi negara untuk terikat dengan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Dalam mengemukakan usul di Parlimen, kerajaan mahu mandat untuk menandatangani DAN meratifikasi TPPA. Menandatangani sebelum memahami dengan penuh implikasi pelbagai tanggungjawab dan komitmen baru adalah cukup buruk, tetapi untuk meminta Parlimen untuk bersetuju dengan ratifikasi, iaitu satu langkah yang mengikat secara undang-undang, pada peringkat ini adalah sama seperti Kerajaan mengakui ia tidak akan mengambilkira keresahan yang semakin meningkat daripada kalangan banyak rakyat Malaysia.

Hari pertama perbahasan di Dewan Rakyat menyaksikan beberapa ahli Parlimen pembangkang membangkitkan pelbagai isu yang membimbangkan yang CAP telah suarakan kepada kerajaan dalam tempoh empat tahun yang lalu. Analisis awal lebih 6,300 mukasurat teks oleh pelbagai pakar-pakar termasuk beberapa dari Bangsa-Bangsa Bersatu, ahli akademik dan NGO telah mengesahkan semua kebimbangan CAP.

Daripada 30 bab TPPA, 24 bab disasarkan kepada dasar-dasar negara dan undang-undang yang akan mengubah struktur ekonomi negara kita dan juga masyarakat. Implikasi penuhnya masih belum difahami dengan betul lagi.

Apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri YB Dato' Sri Mustapa Mohamed memaparkan barangan dari seluar ke bahagian kereta dalam ucapannya di Parlimen hari ini untuk menunjukkan jangkaan peningkatan eksport daripada TPPA, beliau juga mengakui bahawa laporan PricewaterhouseCoopers (PwC) Malaysia yang kerajaan arahkan menunjukkan bahawa imbangan perdagangan keseluruhan Malaysia akan menjadi lebih teruk dalam TPPA sebab lebih import berbanding eksport. Oleh itu, Menteri MITI mengakui tiada keuntungan daripada bab perdagangan di mana Malaysia sepatutnya mendapat manfaat, jadi tidak ada faedah melebihi kos kepada Malaysia dari 24 bab bukan perdagangan.

Di samping itu, Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata Malaysia telah didorong oleh permintaan dalam negeri untuk lebih daripada satu dekad dan tidak lagi bergantung kepada ekonomi eksport. Oleh itu CAP berpandangan tidak ada alasan dan justifikasi untuk perjanjian TPPA ini, yang sebenarnya bukan semuanya tentang perdagangan.

Ia tidak menenangkan hati pengguna untuk mempunyai beberapa barangan import yang lebih murah apabila TPPA dalam suatu jangkamasa akan menyebabkan kehilangan pekerjaan. Satu kajian Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini memberi amaran bahawa TPPA akan membawa kepada kerugian pekerjaan di semua 12 negara TPPA, berjumlah 771,000 pekerjaan akan hilang dalam jangkamasa 10 tahun (2015 - 2025).

Dengan ini CAP mendesak Ahli Parlimen kita untuk menolak usul menandatangani dan meratifikasi TPPA. Jika undi suara hati tidak dibenarkan untuk ahli Parlimen, maka ia adalah pada hati nurani mereka bahawa generasi masa depan rakyat Malaysia akan menanggung beban dan kos muktamad "perjanjian perdagangan bebas" yang tidak berhati perut ini.

27 Januari 2016

Monday, January 13, 2014

Jom bersama dengan Ust Haslin Bollywood......


Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka) akan menganjurkan program makan malam dan bersantai dengan Ustaz Haslin Bahrin atau lebih dikenali ramai dengan nama Ustaz Bollywood. Majlis tersebut akan diadakan di dataran Sek Ren Islam Darul Bayan, Jalan Santong, Paka.
 
Majlis tersebut terbuka kepada orang ramai dan tempat adalah terhad. Penyertaan masih lagi diterima sekarang ini dan tuan/puan boleh lah berhubung dengan Hj.Hamid 019-9822494 atau Ustaz Ja 019-9156365 untuk membeli kupon penyertaan sebagai individu sebanyak RM100.00 atau pun membeli satu meja yang dikhaskan untuk 8 orang sebanyak RM800.00.
 
Disamping menjamu selera kita juga berpeluang untuk mengikuti ceramah dan juga beberapa buah lagu yang  akan diselitkan untuk menarik golongan anak muda dalam majlis tersebut. YB Ust Saiful Bahari Mamat selaku ADUN Paka akan turut bersama dengan kita pada malam tersebut.
 
Sumbangan yang didermakan untuk program ini akan digunakan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Markaz Ehsan sepanjang lebih 10 tahun bersama masyarakat. Antara kebajikan yang telah dilaksanakan ialah setiap tahun sebelum hari raya aidilfitri akan memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, orang kurang berupaya dan anak yatim. Markaz Ehsan juga telah berusaha membaiki rumah mereka yang uzur dan membina rumah dalam program Baiti Jannati untuk membantu mereka yang tiada kemampuan untuk membina rumah. 

Thursday, January 9, 2014

ADUN Paka YB Ustaz Saiful Bahari Mamat telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR DUN Paka pada 25 Disember 2014. Seramai 275 orang pelajar terdiri dari 166 orang pelajar UPSR dan  109 orang pelajar PMR termasuk dari sekolah Cina.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Jalan Santong. Paka.

Tuesday, August 13, 2013

Markaz Ehsan akan mengadakan SHARAF yang membawa erti singkatan dari  Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YB Ustaz Saiful Bahari Mamat ADUN Paka. Lokasi yang paling mudah dihadiri oleh segenap rakyat dalam DUN Paka khususnya dan seluruh Kawasan Dungun amnya ialah dataarn PGU Paka iaitu dipersimpangan Santong.

Kali ini sambutan akan menjadi lebih meriah setelah PAS dapat merampas DUN Paka dari UMNO Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. Walaupun Negeri Terengganu masih dibawah pemerintahan BN namun rakyat Paka tetap menganggap PAS yang memerintah Terengganu. Mereka sudah lama menunggu untuk merayakan kemenangan ini bersama YB Ustaz Saiful Bahri Mamat. Sambutan SHARAF kali ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran YB Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli Ahli Parlimen Dungun.

Kebiasaannya MTD Paka menyerahkan penyelarasan majlis kepada AJK Markaz Ehsan untuk menentukan menu dan acara yang akan berlangsung pada setiap tahun. Pada tahun ini pasti akan betambah seri dengan kejutan yang akan dibuat oleh panitia SHARAF. Markaz Ehsan menjemput seluruh rakyat DUN Paka hadir dalam program SHARAF tahun ini.

Thursday, July 11, 2013

Penamaan ditutup, hanya PAS & BN hantar borang

Hari ini bermula kehangatan di Kuala Besut dengan penamaan calon bagi menggantikan bekas ADUN Datuk A Rahman Mokhtar yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru.

Cuaca mendung, hujan renyai-renyai serta tiupan angin Laut Cina Selatan bakal menambah lagi semangat calon dan penyokong yang tetap berkumpul sekalipun dalam bulan Ramadan.

Calon PAS Azlan Yusof adalah ahli perniagaan bersama kepimpinan parti itu berhimpun di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pejabat Agama Daerah Besut.

Mereka bergerak kira-kira satu kilometer ke pusat penamaan calon - Kompleks Rakan Muda, Kampung Raja, Besut.

Manakala calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman diiringi kepimpinan parti berkumpul di Rumah Ahmad Saleh - kira-kira 700 meter daripada pusat penamaan calon.

Masa penamaan calon bermula 9 hingga 10 pagi.