Markaz Ehsan akan mengadakan SHARAF yang membawa erti singkatan dari Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama YB Ustaz Saiful Bahari Mamat ADUN Paka. Lokasi yang paling mudah dihadiri oleh segenap rakyat dalam DUN Paka khususnya dan seluruh Kawasan Dungun amnya ialah dataarn PGU Paka iaitu dipersimpangan Santong.
Kali ini sambutan akan menjadi lebih meriah setelah PAS dapat merampas DUN Paka dari UMNO Barisan Nasional dalam PRU13 nanti. Walaupun Negeri Terengganu masih dibawah pemerintahan BN namun rakyat Paka tetap menganggap PAS yang memerintah Terengganu. Mereka sudah lama menunggu untuk merayakan kemenangan ini bersama YB Ustaz Saiful Bahri Mamat. Sambutan SHARAF kali ini lebih bermakna lagi dengan kehadiran YB Ustaz Wan Hassan bin Mohd Ramli Ahli Parlimen Dungun.
Kebiasaannya MTD Paka menyerahkan penyelarasan majlis kepada AJK Markaz Ehsan untuk menentukan menu dan acara yang akan berlangsung pada setiap tahun. Pada tahun ini pasti akan betambah seri dengan kejutan yang akan dibuat oleh panitia SHARAF. Markaz Ehsan menjemput seluruh rakyat DUN Paka hadir dalam program SHARAF tahun ini.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete