Friday, August 3, 2012

Markaz Ehsan turut memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan ini

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka (Markaz Ehsan) telah mencapai target jumlah duit dan beras untuk diagihkan kepada 500 orang yang terdiri golongan Fakir Miskin, OKU dan anak-anak yatim sekitar DUN Paka. Pagi ini jam 9pg hari Sabtu 4 Ogos 2012 Pengarah MTD Paka Ust Saiful Bahri Mamat yang juga TPJ1 Negeri Terengganu akan menyempurnakan majlis tersebut. Semua AJK DUN adalah dijemput hadir dan pastikan semua peserta yang telah dikenalpastidari cawangan untuk menerima bantuan tersebut turut dibawa bersama.
Pihak Markaz Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah bermurah hati memberi sumbangan wang ringgit dan beras bagi merealisasikan semua peserta dapat RM100 & Sekampit beras sebagaimana yang telah dirancang insya`Allah. Gambar kanan: Ust Saiful sedang menyampaikan ucapan dalam program tersebut. Beliau juga mengatakan masaalah soaial yang sedang melanda negara kita sekarang ini akibat tidak mahu melaksanakan syariat Allah SWT. Begitu juga dengan kejadian runtuhnya beberapa bangunan yang baru dibina akibat tindakan mereka dulu yang meruntuhkan masjid Bujal di Kijal.
Program kebajikan ini telah berjalan sejak Markaz Ehsan ditubuhkan dari tahun 1997 lagi dan tahun hadapan mungkin lebih ramai lagi mereka yang kurang bernasib baik akan menerima bantuan.Walaupun PAS bukan kerajaan yang memerintah tetapi soal kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan tetap diambil cakna. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program kebajikan ini semoga Allah SWT menambahkan rezki kepada mereka dengan lebih banyak lagi supaya ditahun hadapan banyak lagi sumbangan yang akan kita terima insaya`Allah.
Gambar peserta yang menerima bantuan Amal Kebajikan Ramadhan 2012 dari Markaz Ehsan DUN Paka.

No comments:

Post a Comment