Thursday, December 22, 2011

Program Rakan Khidmat DUN Paka di UPU Kg Nyior & UPU Sura serentak.

Paka: Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri Terengganu Ust Saiful Bahri Mamat akan merasmikan gerakerja pertama Rakan Khidmat DUN Paka pada 25 Disember 2011 didua lokasi berasingan serentak.


Dua buah rumah yang uzur telah dipilih untuk program tersebut di UPU Sura dan UPU Kg Nyior.
Semua Rakan Khidmat dari semua UPU akan hadir bersama masyarakat membaiki rumah secara gotong royong.


Pihak Markaz Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang bagi menjayakan program tersebut.Sumbangan berupa alat binaan dan wang ringgit masih diperlukan untuk projek kebajikan yang seteruswnya.an akan berhenti apabila atap rumah yang bocor selesai diganti baru.

Pihak penganjur akan memberikan baju T Rakan Khidmat secara percuma kepada 20 orang yang hadir awal. Program akan bermula jam 8 pagi dan pendaftaran peserta akan diadakan di Markaz UPU Kg Nyior dan Surau Jalan Melati Sura.


Penilaian akan dibuat apabila program tersebut selesai untuk penambah baikan lagi dimasa akan datang.

No comments:

Post a Comment