Monday, April 27, 2009

MAJLIS PERDANA TAHLIL & SOLAT HAJAT


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka (Markaz Ehsan) akan menganjurkan Majlis Perdana Tahlil & Solat Hajat pada 30 April 2009,Selepas solat maghrib Khamis malam Jumaat bertempat di Surau Darul Salam (Surau Pak Bakar) hadapan Stessen Minyak Esso Paka.
Mantan ADUN Paka yang juga penasihat Markaz Ehsan Ust Saiful Bahari Mamat akan memberi Tazkirah sebelum program tersebut
Tujuan program ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk membuat tahlil secara berjamaah yang dapat menjimatkan belanja. Disamping itu semua kutipan majlis tersebut akan diwakafkan untuk menyiapkan bangunan Markaz Ehsan yang sedang dalam pembinaan. Markaz Ehsan juga memang terkenal dengan aktiviti kemasyarakatannya seperti menganjurkan majlis berkhatan secara berjamaah, SHARAF/Jamuan Hari Raya, memberi bantuan kepada fakir miskin, turut memberi sumbangan kepada pelajar terbaik dalam UPSR dan SPM.

Majlis Tahlil Perdana telah beberapa kali diadakan di Masjid dan Surau sekitar DUN Paka sebelum ini tel;ah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. AJK Markaz Ehsan telah pun mengedarkan borang penyertaan kepada seluruh cawanganm PAS dalam DUN Paka. Kepada yang berhajat boleh lah menghubungi PAS Cawangan yang berhampiran atau telefon 019-9664398 Sdra Mutalib Abdullah selaku Pengarah Program.

No comments:

Post a Comment