Sunday, December 7, 2008

PAS mampu merampas semula Parlimen P36 Kuala Terengganu

Ketua JKS dan NGO PAS Kawasan Dungun Sdra Hj Ab Hamid bin Hj Ismail yakin dapat menawan semula Parlimen Kuala Terengganu berasaskan sokongan dan sumbangan terbuka dari kalangan kakitangan kerajaan dan swasta disekitar Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau sendiri yang rapat dengan sebahagian besar pimpinan UMNO dan penyokong Pakatan Rakyat Terengganu telah diberitahu oleh penyokong atas pagar secara berterus terang bahawa kali ni kami akan menyokong PAS tanpa mengira siapa yang bertanding asalkan dari PAS. Kesedaran timbul akibat keperitan hidup pekerja sektor swasta yang teraniaya dibawah kerajaan BN.
Beberapa hujah yang diberikan oleh golongan atas pagar ialah dalam PRU12 yang lalu PAS telah mencapai kemenangan 100% kerana berjaya meningkatkan satu kerusi parlimen dan juga 4 kerusi DUN termasuk juga di Parlimen Kuala Terengganu cuma kurang 628 undi. Prestasi PAS harus dilihat dari sudut `PENYELESAIAN POLITIK`semasa dalam menanggapi persoalan politik pilihanraya umum ke12 2008 yang lalu.
Rata-rata berpendapat bahawa kali ini masyarakat China akan menyokong calon PAS ekoran dari rakan-rakan mereka sebelah pantai barat telah mengubah haluan dengan menyokong Pakat6an Rakyat dan yakin dengan kemampuan PAS mentadbir Perak, Kedah dan Kelantan dengan cemerlang tanpa masaalah. Begitu juga pengundi atas pagar yang ramai menyokong PR dalam PRU12 yang lalu.
PAS Terengganu juga nampaknya telah bersedia lebih awal untuk mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu dari UMNO dan Barisan Nasional. Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka ) telah memberikan komitmen untuk membantu calon PAS dalam PRKP36 Parlimen kuala Terengganu dengan menghantar pasukan sukarela termasuk Doktor dan profesional yang telah banyak menyumbang kepada markaz Ehsan untuk membantu kempen pilihanraya nanti insya`Allah.
Markaz Ehsan telah berjaya mengumpul lebih RM3,000.00 hasil dari sumbangan pekerja2 JKS & Swasta sekitar Paka untuk membantu PAS DUN Paka memberi sumbangan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. mereka. Sumbangan berterusan adalah diharapkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan terus kedalam akaun Markaz Ehsan atau kepada penasihat markaz Ehsan Mantan ADUN Paka Ust Saiful Bahri Mamat.
DUN Paka sekarang ini dalam proses mengumpulkan data penerima bantuan atau penerima zakat untuk diberi bantuan secara berterusan. Oleh kerana musim hujan dan kelewatan siapnya bangunan Markaz Ehsan ramai penyumbang yang menyarankan supaya Markaz Ehsan mencari Pejabat di Pusat Niaga Paka.
Beliau yang juga Pengerusi Markaz Ehsan telah berjaya mendapatkan satu ruang pejabat di Pusat Niaga Paka dan masih dalam perbincangan untuk membuat renovation. Oleh yang demikian beliau berharap sumbangan yang berterusan dari para dermawan dapat menjayakan aktivi sosial Markaz Ehsan yang menjadi harapan Tuan Guru Presiden semasa merasmikan nama Markaz Ehsan lebih 10 tahun yang lalu insya~Allah.

No comments:

Post a Comment