Monday, December 29, 2008

Laksana Hudud untuk orang Islam - Presiden

MONDAY, 29 DECEMBER 2008 00:14


SHAH ALAM, 27 Dis - Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyatakan bahawa pelaksanaan hudud seperti yang diperintahkan di dalam Al-Quran adalah untuk orang Islam.
Masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang kerana jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini, mereka boleh mengikut undang-undang mereka sendiri.
"PAS tak perlu terangkan kerana undang-undang hudud tiada kena mengena dengan orang bukan Islam," tegas beliau.
"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu telah diwartakan" katanya dalam sdiang akhbar selepas merasmikan kempen " Jom Sertai PAS" di dataran Shah Alam.
Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
Beliau mengatakan bahawa "perkara awal yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah masalah seperti pengangguran, pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga yang semakin teruk".
http://www.theSpaceAds.com/?rId=133341

No comments:

Post a Comment