Friday, July 1, 2016

PERUTUSAN AIDILFITRI 2437



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd

وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ.

" .. Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah (dengan takbir dan tahmid) kerana mendapat pertunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur (Surah Al-Baqarah:185).

Alhamdulillah marilah kita panjatkan syukur kepada Allah SWT kerana telah menganugerahkan Ramadan yang sangat bermakna kepada kita semua. Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan terbaik dalam hidup kita dengan menatijahkan taqwa.

Ramadan adalah bulan yang penuh seribu hikmah, membina diri menjadi insan yang benar-benar bersifat hamba yang taat dan patuh sepenuhnya kepada perintah Allah SWT. Ramadan juga melatih kita agar menjadi insan yang prihatin terhadap masyarakat terutama golongan lemah yang memerlukan pembelaan dan bantuan. Ramadan juga adalah bulan mujahadah yang mendidik jiwa setiap insan muslim bukan sekadar membina jati diri taqwa di peringkat individu, bahkan mujahadah membela nasib Ummah dan agama Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah SWT.

Aidilfitri 1437H sekali lagi disambut dalam keadaan Umat Islam sangat lemah. Banyak tanah air umat Islam sedang dilanda perpecahan dan peperangan saudara. Negara-negara umat Islam jauh ketinggalan dari segala sudut berbanding Negara-negara bukan Islam. Keadaan ini berlaku kerana jauhnya Ummah daripada petunjuk Allah SWT. Semoga Aidilfitri kali ini memberikan sinar harapan yang gemilang buat seluruh Ummah.    

Kepada seluruh umat Islam, “Selamat Menyambut Aidilfitri” dengan semangat kemenangan dan semangat taqwa yang telah berjaya dibina disepanjang “Tarbiah Ramadan”. Kepada seluruh ahli PAS, raikanlah Aidilfitri kali ini dengan semangat membara untuk terus bekerja sekuat daya untuk menegakkan Agama Allah SWT di persada negara.  

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Saturday, June 25, 2016

PAN BERTANDING DI MANA DALAM PRU14???

PAN BAKAL BERTANDING DI KAWASAN MAJORITI BUKAN ISLAM DAN KAWASAN BERCAMPUR

Akhirnya PAS tewas di PRK Sungai Besar dan PRK Kuala Kangsar. Pengerusi BN pun tersenyum lebar selebar kecerian hari lebaran yang bakal disambut oleh ummat Islam tidak berapa lagi. PAN pula begitu seronok dapat memberi saingan sengit kepada PAS. Presiden PAN pun tersenyum lebar, selebar senyuman Pengerusi BN atau terlebih sedikit.

Tetapi wajah-wajah pimpinan PH daripada DAP dan PKR kelihatan berkerut dan runsing. Tempo serangan pantas dan bengis mereka tanpa henti mereka terhadap PAS sepanjang 2 PRK berlangsung, tiba-tiba hilang momentum secara mengejut!

Sambil mengubah riak wajah mereka yg bengis kepada wajah yang lebih mesra dan lebih demokratik, dengan selambanya, mereka bercakap kepada PAS melalui perantaraan media, "kita pembangkang perlu kembali ke meja rundingan". Nada suara rendah tetapi meyakinkan.

Lim Kit Siang memulakan rundingan di luar kamar dengan mencadangkan persepakatan pembangkang yang baru wajar menyerahkan kerusi-kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk ditandingi oleh PAS.

Pantas cadangan beliau dibentak oleh Ustaz Idris Ahmad, "ikut suka PASlah nak bertanding dimana!". Pengarah pilihanraya PRK Kuala Kangsar itu jelas sekali gagal menyembunyikan amarahnya, lantaran serangan ganas PH ke atas PAS di Kuala Kangsar sehingga mengorbankan peluang cerah PAS untuk menumbangkan BN di sana.

MB Selangor daripada PKR pula, terpaksa mengubah intonasi berbaur ugutan kepada PAS kepada intonasi yg lebih lunak ketika menjelaskan kepada rakyat bahawa Kerajaan Selangor masih stabil. Jangkaannya terhadap kemampuan PAN dalam menarik undi melayu Islam meleset dengan teruk sekali. Akhirnya, dalam keadaan malu-malu, terpaksa juga bertongkat dengan ADUN-ADUN PAS.

Kata Lim Kit Siang lagi, negeri-negeri lain pula selain daripada 4 negeri itu, biarlah difokuskan oleh PAN.

PAS yg tidak ada dalam PH, tetapi secara terus terang diarahkan oleh Lim Kit Siang supaya menyerahkan hak kerusi-kerusi yg ditandinginya dalam era PR kepada PAN,  anak angkat DAP yg ditatang bagi minyak yg penuh itu. Ini ajaib. Nak mengarahkan orang bukan orang bawahannya atau bukan anak angkatnya.

Apa maknanya ini?

Maknanya, DAP tidak akan beri hak bertanding kepada PAN bagi kerusi-kerusi yg ditandingi oleh DAP dalam era PR. DAP juga tidak akan meminta PKR untuk menyerahkan kerusi-kerusi PKR kepada PAN. Ini kerana, ia boleh mengundang krisis besar antara DAP dan PKR seperti halnya di Sarawak baru-baru ini. PAN adalah anak angkat DAP yg hanya diberi secebis kasih sayang oleh PKR.

Bapa angkatlah yg sepatutnya lebih sanggup berkorban untuk anak angkatnya. Jika bapa angkat tak sanggup nak korbankan kerusinya untuk PAN, tentulah PKR yg sekali sekala mendukung anak angkat DAP itu tidak wajar diminta membuat pengorbanan sebesar itu.

Lalu Lim Kit Siang mengambil jalan mudah, disuruhnya PAS yg diserangnya setiap hari, pagi, petang, siang dan malam, untuk menyerahkan hak bertanding di selain 4 negeri tadi kepada anak angkatnya, PAN. Lim Kit Siang, buat-buat terlupa, PAN adalah anak derhaka kepada PAS. Jenayahnya kepada PAS begitu ngilu dan menusuk qalbu. Sanggup mengkhianati parti dan mengkhianati agenda pemerkasaan undang-undang syariah.

Bagaimanakah PAS akan serahkan kerusi-kerusinya di pantai barat dan negeri-negeri lain kepada anak derhakanya yang sombong dan begitu kencang sekali memaki kedua ibu bapanya. Mentang-mentanglah dia sudah mendapat bapa angkat yang lebih hensem, lebih glamour dan lebih memahami mereka. Sekurang-kurangnya itulah pandangan PAN terhadap bapa angkatnya.

Pada pandangan saya, Lim Kit Siang memberi isyarat kepada PAN agar berdikari mencari kerusi sendiri. Jangan sekadar meminta-minta saja daripada bapa angkat setiap kali pilihanraya. Usahalah minta atau rampas hak bertanding daripada PAS.

Malangnya kajian pasca PRK berkembar merumuskan PAN gagal memenangi hati pengundi melayu beragama Islam, dan bergantung kuat kepada sokongan bukan melayu dan bukan Islam. Oleh itu kekuatan PAN, adalah sejenis dengan kekuatan yg dimiliki oleh DAP dan PKR, iaitu kerusi-kerusi di mana pengundinya terdiri daripada majoriti bukan Islam dan kawasan-kawasan bercampur.

Jika PAN berebut kerusi dengan PAS di kawasan majoriti melayu Islam, ia adalah usaha yg terlalu jelas sia-sia. Jika PAN membuat analisis SWOT dengan objektif, maka dia akan berjuang untuk mendapat sebahagian kerusi-kerusi PKR dan bapa angkatnya DAP bagi meneruskan survivalnya.

Jika itu berlaku, tiada siapa lagi akan menyayangi PAN. Pertembungan PAN dengan DAP dan PKR baru saja akan bermula. Mungkin pembangkang di Malaysia, mula berfikir pada ketika itu, PAN ini anak angkat yang terlalu besar kos 'overhead'nya.

Lebih baik tiada daripada ada.

Zakaria Ismail
AJK PAS KAWASAN MARANG
25 Julai 2016/ 20 Ramadhan 1437 H

PAS DUN Paka memberikan bantuan kebajikan kepada penduduk miskin dan OKU

Paka, 25hb Jun 2016 :
Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka) telah memberikan bantuan sempena bulan Ramadhan ini kepada 600 orang fakir miskin dan Orang Kurang Upaya, Program tersebut telah di sempurnakan oleh ADUN Paka YB Ustaz Saiful Bahari Mamat dan Ahli Parlimen Dungun YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli di Dataran PGU Simpang Santong pagi tadi.;'

YB Ustaz Saiful telah memberi ucapan sebelum agihan bantuan tersebut dilakukan. Cuaca yang sangat baik pada pagi tadi telah melicinkan agihan tersebut.


Friday, June 24, 2016

Catatan Dhuha

Berpaling daripada petunjuk Al-Quran, bererti menempuh kecelakaan di dalam hidup.

 Orang yang jauh daripada petunjuk Al-Quran, buah fikirannya tersasar jauh daripada kebenaran.

 Hujahnya tidak kekal lama, kerana kebatilannya akan terserlah selepas beberapa ketika.

 Ustaz Hj Idris Hj  Ahmad
20 Ramadhan
25 Jun 2016 Sabtu.