Monday, January 13, 2014

Jom bersama dengan Ust Haslin Bollywood......


Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka) akan menganjurkan program makan malam dan bersantai dengan Ustaz Haslin Bahrin atau lebih dikenali ramai dengan nama Ustaz Bollywood. Majlis tersebut akan diadakan di dataran Sek Ren Islam Darul Bayan, Jalan Santong, Paka.
 
Majlis tersebut terbuka kepada orang ramai dan tempat adalah terhad. Penyertaan masih lagi diterima sekarang ini dan tuan/puan boleh lah berhubung dengan Hj.Hamid 019-9822494 atau Ustaz Ja 019-9156365 untuk membeli kupon penyertaan sebagai individu sebanyak RM100.00 atau pun membeli satu meja yang dikhaskan untuk 8 orang sebanyak RM800.00.
 
Disamping menjamu selera kita juga berpeluang untuk mengikuti ceramah dan juga beberapa buah lagu yang  akan diselitkan untuk menarik golongan anak muda dalam majlis tersebut. YB Ust Saiful Bahari Mamat selaku ADUN Paka akan turut bersama dengan kita pada malam tersebut.
 
Sumbangan yang didermakan untuk program ini akan digunakan untuk membantu golongan miskin dan yang memerlukan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Markaz Ehsan sepanjang lebih 10 tahun bersama masyarakat. Antara kebajikan yang telah dilaksanakan ialah setiap tahun sebelum hari raya aidilfitri akan memberi sumbangan kepada golongan fakir miskin, orang kurang berupaya dan anak yatim. Markaz Ehsan juga telah berusaha membaiki rumah mereka yang uzur dan membina rumah dalam program Baiti Jannati untuk membantu mereka yang tiada kemampuan untuk membina rumah. 

Thursday, January 9, 2014

ADUN Paka YB Ustaz Saiful Bahari Mamat telah menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR DUN Paka pada 25 Disember 2014. Seramai 275 orang pelajar terdiri dari 166 orang pelajar UPSR dan  109 orang pelajar PMR termasuk dari sekolah Cina.
Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Bayan, Jalan Santong. Paka.