Monday, August 20, 2012

Markaz Ehsan: Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti

Amaran keras MCA: Di mana suara ulama Umno, mufti

Harakahdaily, 21 Ogs 2012 KUALA LUMPUR: Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri umat Islam di negara ini dicemari dengan penghinaan-penghinaan terhadap Islam. Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor ekoran Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim yang telah mengeluarkan satu kenyataan kelmarin dengan berkata jika Selangor dan negeri-negeri lain di negara ini dikuasai atau kekal di bawah pemerintahan BN, ia tidak akan menjadi negara Islam. “Saya menganggap kenyataan Pengerusi MCA Selangor ini amat keras dan keterlaluan serta jelas berbaur anti Islam,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, dalam keadaan negara ini yang diiktiraf sebagai sebuah negara Islam, beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. “Beliau seolah-olah merendah-rendahkan kedudukan agama Islam di negara ini. “Apakah beliau lebih berkuasa daripada perlembagaan negara serta majoriti rakyat di negara ini?” ujarnya. Dalam keadaan demikian, kata beliau tidak sedikitpun pemimpin Umno yang kononnya juara Islam bangkit mengecam pemimpin MCA tersebut. Katanya lagi, Barisan Nasional bukan baharu tahun ini ditubuhkan, tetapi ia sudah menjangkau puluhan tahun lamanya. Beliau berkata, Umno yang mengaku sebagai parti Islam dan pemimpin sebuah gabungan parti-parti di negara ini yang bernama Barisan Nasional, ternyata gagal mendakwahkan parti komponennya supaya menghormati Islam. Tambahnya, selama berpuluh tahun Umno sanggup membiarkan MCA dan parti-parti lainnya jahil terhadap Islam malah sehingga sanggup menghina agama Islam. Riduan menambah, agak menjengkelkan kerana ada pihak terlalu kuat menghentam DAP yang dikatakan anti Islam sehingga ada kenyataan menyatakan haram mengundi DAP dalam pilihanraya umum. Tambahnya, tetapi apabila MCA secara jelas dan bangga menyatakan pendiriannya menolak sebuah negara Islam, tiada seorang pun ulama Umno yang bersuara. “Di mana suara para mufti dan ulama dalam hal demikian?” soal Riduan. Malah, ujarnya Presiden MCA pernah mengugut untuk berpisah dengan Umno jika Umno mahu laksanakan hudud. “Apakah hukumnya mengundi parti yang secara berterus-terang menolak negara Islam di negara ini?” katanya. Sehubungan itu, beliau meminta para ulama Umno mengeluarkan kenyataan dan pendirian jelas berhubung kenyataan terbaru. Riduan juga meminta para ulama termasuk para mufti menyatakan pendiriannya berhubung kenyataan pemimpin MCA ini. “Saya juga mencabar supaya Presiden Umno menyatakan pendiriannya dan memberi amaran keras terhadap MCA, jika tidak pun terus menyingkir keluar MCA dari BN,” tegasnya.

Tuesday, August 7, 2012

Pakatan siap sedia, jangka PRU13 September

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan akan diadakan pada September akan datang. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata isu pilihanraya turut dibincangkan pada pada mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat hari ini, dan yakin Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menggunakan kesempatan hari Merdeka ini untuk mengumumkannya. "Saya yakin Umno-Barisan Nasional akan mengambil kesempatan pada hari Kemerdekaan kali ini untuk memulihkan imej mereka," jelasnya pada sidang media di Pejabat PKR hari ini. "Kita berkeyakinan ia akan diadakan pada September nanti dan paling lewat adalah pada bulan November. Segala perancangan telah kita aturkan sebaik mungkin," sambung beliau lagi. Sementara itu, Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke menyatakan Umno-Barisan Nasional akan terus menggunakan skrip lama dengan memburuk-burukkan DAP dengan tanggapan negetif. "Skrip lama akan terus digunakan, memburukkan DAP dengan pandangan-pandangan negetif bagi tujuan menakut-nakutkan pengundi Melayu. "Mereka berharap tindakan tersebut akan memberi kesan undi kepada PAS dan PKR kerana pengundi Melayu akan beralih kepada mereka," jelasnya. Menurutnya lagi, selain Umno dengan skrip lama, rakan mereka MCA juga akan menakut-nakutkan pengundi Cina dengan isu Hudud akan tidak menyokong Pakatan dan seterusnya memberikan gambaran yang buruk kepada PAS. "Bagi mengatasi tomahan yang tidak berasas ini, kita diperingkat Pakatan telah merangka strategi untuk menangkis tomahan tersebut. "Apa yang kita harapkan nanti rakyat akan tertumpu kepada agenda yang kita akan bawakan untuk kebaikan seluruh rakyat negara ini," sambungnya lagi. Katanya lagi, Pakatan akan terus menfokuskan kepada rakyat tentang agenda besar yang telah dipersetujui bersama di dalam dasar Pakatan Rakyat. Turut hadir pada sidang media tersebut adalah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen PKR. template joomla

Friday, August 3, 2012

Markaz Ehsan turut memberi sumbangan sempena bulan Ramadhan ini

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka (Markaz Ehsan) telah mencapai target jumlah duit dan beras untuk diagihkan kepada 500 orang yang terdiri golongan Fakir Miskin, OKU dan anak-anak yatim sekitar DUN Paka. Pagi ini jam 9pg hari Sabtu 4 Ogos 2012 Pengarah MTD Paka Ust Saiful Bahri Mamat yang juga TPJ1 Negeri Terengganu akan menyempurnakan majlis tersebut. Semua AJK DUN adalah dijemput hadir dan pastikan semua peserta yang telah dikenalpastidari cawangan untuk menerima bantuan tersebut turut dibawa bersama.
Pihak Markaz Ehsan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah bermurah hati memberi sumbangan wang ringgit dan beras bagi merealisasikan semua peserta dapat RM100 & Sekampit beras sebagaimana yang telah dirancang insya`Allah. Gambar kanan: Ust Saiful sedang menyampaikan ucapan dalam program tersebut. Beliau juga mengatakan masaalah soaial yang sedang melanda negara kita sekarang ini akibat tidak mahu melaksanakan syariat Allah SWT. Begitu juga dengan kejadian runtuhnya beberapa bangunan yang baru dibina akibat tindakan mereka dulu yang meruntuhkan masjid Bujal di Kijal.
Program kebajikan ini telah berjalan sejak Markaz Ehsan ditubuhkan dari tahun 1997 lagi dan tahun hadapan mungkin lebih ramai lagi mereka yang kurang bernasib baik akan menerima bantuan.Walaupun PAS bukan kerajaan yang memerintah tetapi soal kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan tetap diambil cakna. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan program kebajikan ini semoga Allah SWT menambahkan rezki kepada mereka dengan lebih banyak lagi supaya ditahun hadapan banyak lagi sumbangan yang akan kita terima insaya`Allah.
Gambar peserta yang menerima bantuan Amal Kebajikan Ramadhan 2012 dari Markaz Ehsan DUN Paka.