Saturday, April 30, 2011

PAS: Kerjasama dengan DAP dibenarkan agama

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selama ini, termasuk dengan DAP dibuat atas nama tahaluf siyasi (kerjasama politik) yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip.


Perkara itu, jelasnya tidak sama dengan "kerjasama wala" antara Umno dengan MCA dan MIC yang didakwanya menggadaikan prinsip Islam, hanyut dengan kuasa dan menghilangkan jati diri Melayu-Islam, lapor Harakahdaily.

“Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90 peratus adalah orang Melayu-Islam?" soal Hadi yang juga anggota parlimen Marang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mempelawa PAS "beralih kepada yang lain" walaupun mungkin enggan menyertai BN.
Presiden Umno itu dilaporkan berkata, kerja keras PAS hanya memberikan keuntungan kepada DAP.

Abdul Hadi hari ini menyifatkan seruan Najib segai janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno dan BN dalam melakukan kezaliman.

“PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya.


Abdul Hadi malah membuat seruan balas supaya ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya seperti dipetik akhbar web PAS.

Wednesday, April 20, 2011

Buku Jingga: Anak agih borang tanah 28 Mei ini



Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 20 April: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan mengagihkan borang permohonan tanah kepada seluruh generasi kedua dan ketiga Felda.

Pengagihan borang ini akan dilakukan dalam satu himpunan besar-besaran melibatkan warga Felda seluruh negara yang akan diadakan pada 28 Mei ini di Pahang.

Menurut pengerusinya, Mazlan Aliman terdapat tiga kategori penerima borang tersebut iaitu anak-anak peneroka, kakitangan Felda iaitu pegawai yang berpendapatan rendah dan bekas tentera.

Katanya, bekas tentera termasuk dalam kategori yang layak menerima kerana antara insentif yang ditawarkan kerajaan untuk menarik minat rakyat Malaysia menyertai angkatan tentera ialah jaminan masa depan iaitu pemberian tanah.

Anak akan menggunakan cawangannya di seluruh negara termasuk agensi-agensi dalam parti dan bersedia bekerjasama dengan agensi dalam Felda sendiri bagi menyemak permohonan yang dibuat.

"Apabila Pakatan Rakyat memerintah nanti, kita akan tapis semua permohonan yang dibuat dan borang ini akan diguna pakai untuk menyemak kriteria yang layak menerima tanah," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Langkah ini tegas Mazlan sebagai persediaan awal Pakatan Rakyat melaksanakan tawaran 100 hari mereka yang terkandung dalam Buku Jingga.

Janji tersebut adalah untuk membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

"Apa yang disebut (Datuk) Ahmad Maslan kononnya janji untuk menghapuskan Felda Plantation ini gimik politik, saya nak ulangi ini bukan gimik politik.

"Ramai yang bertanya apa persediaan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Jadi saya tegaskan, inilah buktinya kita serius meningkatkan taraf sosio ekonomi 1.6 warga Felda," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Mazlan juga berkata, dalam himpunan tersebut akan ditayangkan montaj perancangan untuk mewujudkan Universiti Felda.

Katanya, perkara ini telah banyak kali dibincangkan dengan kerajaan dan Felda bagi menjimatkan peruntukan Felda yang terpaksa membayar geran kepada universiti swasta lain setiap tahun untuk program kerjasama.

"Kalau syarikat lain ada universiti sendiri, kenapa Felda tidak boleh ada universiti?

"Ahmad Maslan sendiri bercakap di Parlimen bahawa Felda membayar RM25 juta setiap tahun untuk bayar geran kepada Universiti Lim Kok Wing untuk program kerjasama.

"Felda boleh wujudkan Universiti Teknologi Perladangan yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak Felda," katanya.

Friday, April 15, 2011

PRU 13; WAJIB KEPADA PAS GANTI UMNO


MARANG - Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata menjadi suatu kewajipan yang besar kepada ahli parti (PAS) untuk menggantikan Umno dalam pilihan raya akan datang.

Ia adalah kerana menurutnya, Umno dan Barisan Nasional (BN) menentang PAS bagi menghalang parti ini melaksanakan perintah Allah SWT.

Katanya, Umno-BN adalah parti kemungkaran besar dalam negara ini kerana mengekalkan sistem serta mempertahankan dasar-dasar penjajah.

“Kita (PAS) hendak laksanakan kebajikan, kita hendak laksanakan perintah Allah Ta’ala. Mereka (Umno) lawan kita (PAS).

“Marilah kita lawan Umno dengan keyakinan, dengan kepercayaan. Umno dan Barisan Nasional adalah parti kemungkaran yang besar dalam negara kita, yang mengekal dan mempertahankan sistem yang dibawa oleh penjajah,” ujarnya ketika merasmikan Himpunan Muslimat PAS Terengganu, disini, Jumaat 15 April.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mendakwa Umno yang bertanggungjawab melemahkan agama Islam serta menggalakkan maksiat berlaku dalam negara.

Oleh itu, katanya menjadi satu kewajipan besar kepada PAS menggantikan Umno semula setelah dijatuhkan tahun 2004 lalu.

“Kita (PAS) mempunyai satu kewajipan yang besar untuk mengganti Umno, setelah PAS dijatuhkan (2004). Kewajipan yang sangat besar, bukan kewajipan yang kecil.

“Umnolah yang melemahkan agama Islam, Umnolah yang menghapuskan tulisan jawi, Umnolah yang menghidupkan hiburan dan menggalakkan anak-anak muda kita kepada maksiat.

“Umnolah yang menjadikan negara kita ‘dibanjiri’ oleh kemungkaran (maksiat) sehingga anak-anak muda kita tenggelam dalam kemungkaran,” ujarnya di hadapan lebih 5,000 hadirin.

Menurutnya, Umno-BN perlu ditukar-gantikan dengan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya demi menyelamatkan bangsa, agama dan negara.

20,000 banjiri ceramah kemuncak DAP di Kuching



Andrew Ong
Keadaan menjadi kelam-kabut di perhimpunan anjuran DAP di Kuching lewat petang tadi apabila apabila polis menyerbu ke atas pentas untuk menghentikan pengasas DAP Sarawak, Chong Siew Chiang daripada berucap.

Para penyokong segera membentuk perisai manusia untuk
menghalang kemaraan anggota polis yang ketuai OCPD Kuching, Mun Kok Keong.

Berlaku tolak menolak antara penyokong DAP dan anggota polis, sehinggalah pihak polis berhenti mengasak.

Pada atu ketika, Mun datang hampir kepada Chong menyebabkan para penyokongnya mara ke hadapan untuk menghalang pegawai polis itu daripada menghampiri pemimpin mereka.

Suasana bergegar dengan laungan "Ubah" dan "DAP" dan keadaan kembali senyap selepas pengerusi majlis meminta mereka supaya bertenang.

Atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, pihak polis beredar dari pentas tersebut, disambut dengan kegembiraan para hadirin yang jumlahnya mencecah 20,000 orang.

Apabila ditanya sama ada mereka membenarkan polis menghentikan majlis tersebut, mereka membalas dengan laungan "Tidak!"

[Baca berita penuh]
Sementara itu, di Sri Aman, unit tujuh anggota anti-rusuhan dan kira-kira 20 anggota polis lain mengawal kawasan di depan pusat operasi DAP di situ, untuk menghalang perhimpunan parti itu malam ini.

Polis menafikan permit kepada parti itu untuk mengadakan perhimpunan akhir malam ini atas alasan ceramah tidak dibenarkan di kawasan terbuka di Sri Aman.

Bagaimanapun, DAP nampaknya sudah bersiap sedia untuk meneruskan perhimpunan tersebut.

Orang ramai semakin bertambah memenuhi kawasan lapan di situ. Sehingga jam 7.40 malam, jumlah dianggarkan sekitar 400 orang.

“Ini double standard, mengapa perhimpunan di Kuching dan bandar-bandar lain dibenarkan? Ini kan masa pilihan raya," kata ahi parlimen DAP Klang, Charles Santiago yang turut berada di situ.

DAP Sri Aman gagal mendapatkan permit polis untuk mengadakan ceramah di tempat terbuka sepanjang tempoh berkempen dalam pilihan raya negeri Sarawak ini.

Ceramah terbukanya yang pertama diadakan dua malam lalu, juga diganggu oleh polis, tetapi dibenar diteruskan selepas puas berunding.

Pada jam 7.40 malam, Santiago merayu kepada seorang pegawai polis supaya membenarkan ceramah itu diteruskan untuk tempoh satu jam sahaja.

Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga beusaha untuk memujuk Santiago supaya membatalkan ceramah tersebut kerana tidak mendapat permit.

Ketegangan meningkat, dan suara-suara kedengaran dari kalangan
orang ramai yang nampaknya tidak sabar dengan apa yang berlaku, dengan melaungkan "Kami mahu ceramah" dan "Undi roket untuk perubahan".

Selepas berunding, DAP akhirnya mengalah dan bersetuju untuk memindahkan ceramah tersebut ke sebuah restoran berhampiran.

Calon DAP bagi kerusi Simanggang, Leon Donald memberitahu orang ramai bahawa ceramah tersebut terpaksa dipindahkan ke Restoran Alisan berhampiran.

Polis mengumumkan melalui pembesar suara bahawa ia adalah satu perhimpunan haram, dan mengarahkan orang ramai beredar dalam masa lima minit.

[Baca berita penu

Sunday, April 10, 2011

Anwar: PM datang selamatkan Taib


Aidila Razak

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata BN jelas tidak yakin dengan keupayaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memberi kemenangan kepada gabungan tersebut.

Beliau berkata, ianya nampak jelas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Abdul Razak sendiri datang malam ini untuk berkempen sepanjang lima hari akan datang.

Katanya, tidak pernah berlaku dalam sejarah Sarawak di mana pemimpin-pemimpin peringkat persekutuan datang untuk berkempen seperti sekarang, yang menurutnya, mencerminkan kegagalan kerajaan negeri.

Kehadiran perdana menteri, kata Anwar, menunjukkan BN percaya bahawa Taib tidak berkeupayaan untuk mendapatkan jaminan sokongan rakyat Sarawak untuk menyokong BN.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuching, beliau berkata, Najib juga membawa bersamanya sumber-sumber dari kementerian-kementerian pusat, dan ini memberi gambaran yang tidak baik terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ini adalah satu kesalahan," katanya.

Najib akan tiba di Kuching bagi kali kedua sejak kempen bermula pada 6 April, dan hanya akan pulang Jumaat depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga berada di Sarawak untuk kempen sejak beberapa hari lalu.

Dalam reaksinya terhadap dakwaan pembangkang itu, Najib berkata
lawatan kerapnya ke Sarawak bukan sesuatu yang luar biasa.

Katanya, beliau membuat lawatan tersebut atas rasa tanggungjawabnya sebagai pengerusi BN dan perdana menteri.

Bernama memetik Najib sebagai berkata petang ini bahawa "Sarawak adalah sebuah negeri yang besar dan mempunyai 71 kerusi negeri, dan ia mengambil masa berhari-hari untuk sampai ke kawasan berkenaan kerana jaraknya.

Anwar, yang mendapat sambutan ribuan hadirin di majlis-majlis yang dihadirinya di Sarawak, berkata kehadiran para pemimpin tinggi BN dalam pilihan raya negeri ini, hanya membuktikan yang gabungan itu berada dalam bahaya.

Menyabitkan kesalahan zina dan liwat



Nasrudin Hassan
Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar [pengakuan] atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.
Iqrar [Pengakuan]

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

“Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: “Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina.”
Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain [yakni seperti tidak melayannya], lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali.
Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau gila?”
Dia menjawab: “Tidak.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Adakah engkau telah berkahwin?”
Dia menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): “Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia.”

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja.”
Dia menjawab: “Tidak. Sebenarnya saya telah berzina.”

Mengikut riwayat yang lain: “Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa.” Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

“Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: “Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah.”
Wanita itu berkata lagi: “Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada Ma’iz bin Malik?”
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah masalah engkau?”
Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina.
Rasulullah s.a.w. bertanya: “Apakah benar?”
Wanita itu menjawab: “Ya.”
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bersalinlah dahulu.”

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: “Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu.” Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: “Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah.” Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu.”

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar [mengaku] berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Abu Daud: Kitab al-Hudud] “Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar.”
Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. [Ibn Majah: Kitab al-Talaq] : “Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa.”
Iqrar [pengakuan] dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.
Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma’iz bin Malik.
Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.
Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma’iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah [an-Nisa’: 15] yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka.”

Firman Allah lagi [an-Nur:4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi…”

Firman Allah lagi [an-Nur:13] yang bermaksud: “Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.”

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.
Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.
Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.
Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.
Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.
Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.
Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.
Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.
Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.
Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain [hearsay] juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani [atau ujian DNA] bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat [kekeliruan]. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat [kekeliruan].”

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Baligh, yakni cukup umur mukallaf
Berakal
Secara pilihan dengan tidak dipaksa
Mengetahui pengharaman zina dan liwat
Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
Berzina atau berliwat dengan manusia
Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat
Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

Secara sorih [berterus terang] dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.
Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan ‘awak bukan anak kepada si anu’ yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau ‘awak anak daripada hasil zina’ dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.
Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.
Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.
Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.
Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam
Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf
Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta’zir.
Islam, mengikut jumhur para ulama.
‘Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.
Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.
Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.
Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah [manusia] dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba [manusia], kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan [berwajib] maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf [Menuduh Zina atau Liwat]

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah [an-Nur: 4] yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik.”

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.
Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah [an-Nur: 23-24] yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.”

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.

Dipetik dari artikel :
Al Fadhil Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
Presiden PA

Saturday, April 9, 2011

Perhimpunan Pakatan terus jadi tarikan



Wong Teck Chi

Ribuan penyokong Pakatan Rakyat membanjiri perhimpunan yang diadakan di beberapa lokasi di utara Sarawak, malam tadi. Jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri.

Beberapa sumber berkata jumlah hadirin di perhimpunan di Miri, Senadin dan Bintulu adalah 7,000 orang manakala pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dalam tulisan di Twitter menyifatkan “puting beliung” sedang melanda negeri itu.

Perhimpunan terbesar dikatakan di Miri dengan kehadiran tidak kurang 4,000 penyokong yang datang untuk mendengar ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Rali kedua terbesar adalah di Senadin - yang tidak jauh dari Miri - di mana dianggarkan tidak kurang 2,000 orang berkumpul di klinik calon PKR Dr Teo Yu Kheng bagi mendengar ceramah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. [Lihat video]
Pada ucapannya, Anwar berkata masa sudah tiba untuk rakyat berhenti menjadi pemerhati pasif kepada perompakan hasil mahsul Sarawak yang memperkayakan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin BN lain termasuk kerabat keluarga dan kroni mereka.

"Jangan biarkan Taib atau Najib (Razak) atau Rosmah (Mansor) sekalipun menentukan nasib kita. Kita sendiri mesti bangun dan tentukan nasib negeri ini demi masa depan anak cucu kita.

“Sudah cukup rakyat Sarawak menderita miskin disebabkan kerakusan BN. Sekarang masa yang amat sesuai untuk berubah," katanya sambil disambut tepukan gemuruh hadirin.
Manakala di Bintulu, kira-kira 1,000 orang hadir pada perhimpunan yang dianjurkan oleh DAP dengan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang dijemput sebagai penceramah.

DAP dikatakan kini memberi tumpuan di dua bandar di utara Sarawak - iaitu di Sibu dan Miri selepas yakin, kerusi-kerusinya di Kuching boleh diperttahankan tanpa sebarang masalah besar.

Semua kerusi di Sibu dan Miri itu adalah di kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang begitu sukar ditembusi.

Sesetengah pihak mendakwa jumlah hadirin yang ramai belum tentu dapat menjamin bahawa DAP mampu menumbangkan calon-calon BN, termasuk presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan, khususnya di kerusi Piasau.

Chan, adalah juga timbalan ketua menteri Sarawak dan ini penggal ketujuh beliau mempertahankan kerusinya.

Meskipun jumlah hadirin yang ramai, belum tentu dapat diterjemahkan sebagai undi, namun pemimpin DAP cukup selesa kerana di kalangan yang hadir itu, ramai yang menyumbang kepada tabung parti itu, terutamanya di Miri dan Bintulu.

Di Miri, ketua pemuda DAP Anthony Loke melaporkan kira-kira RM20,000 berjaya dikutip di kalangan penyokong parti itu yang menghadiri perhimpunan semalam, manakala Kit Siang pula berkata RM10,896.70 dikutip di Bintulu.

Friday, April 8, 2011

Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas



Manifesto Pakatan janji RM600 untuk warga emas
Regina Lee

Pakatan Rakyat hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya Sarawak dengan menjanjikan beberapa habuan.

Ia termasuk memberi wang tunai secara terus kepada rakyat dan menuntut pemberian royalti minyak Sarawak ditingkatkan jika mereka berjaya membentuk kerajaan negeri yang baru pada 16 April ini.

Berbanding dengan manifesto BN yang diumumkan semalam yang didakwa hambar dan tidak mempunyai perincian masa depan, Pakatan berjanji untuk terus mengutamakan rakyat.

“Layanan adil kepada semua rakyat Sarawak dengan membantu daftar kerakyatan rakyat tempatan, menyumbang RM200 untuk setiap anak anak masuk darjah satu serta pemberian RM600 untuk warga emas berumur 60 tahun ke atas setiap tahun,” kata manifesto itu.

Selain itu, manifesto lapan halaman itu juga berjanji menjamin kebebasan agama sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat juga berikrar bagi membentuk Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputra dengan menyelesaikan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan mengembalikan semula tanah adat Orang Asal..

Berikut antara intipati manifesto yang bertemakan 'Kami Menjulang Kedaulatan Rakyat, Ketuanan Rakyat.'

Pentadbiran yang baik berdasarkan prinsip antarabangsa – cekap, Akauntabel, Telus atau CAT dengan mengagih kekayaan hasil bumi terus kepada rakyat; di samping menolak amalan nepotisme dan rasuah sebagaimana yang diamalkankan BN Sarawak sebelum ini.
Menubuhkan Dana Pembasmian Kemiskini sebanyak RM1 bilion untuk menangani keluarga rakyat di bawah paras kemiskinan.
Menjamin hubungan baik antara persekutuan dan negeri Sarawak dengan meningkatkan pemberian royalti dari 5 peratus ke 20 peratus.
Membela Sarawak yang lebih hijau dengan menghentikan pembinaan empangan yang berlebihan serta melarang sama sekali pembinaan loji nuklear di Sarawak.
Mempertahan identiti kebudayaan etnik-etnik di Sarawak dengan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda serta memberikan peruntukan sistematik kepada anak Sarawak tanpa mengira kaum sebagaimana yang telahpun diamalkan oleh di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
Membela hak wanita dengan keserataan jantina di samping membina prasarana bagi membela nasib wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga dan lain-lain.
Melabur untuk masa depan dalam modal insan, infrastruktur termasuk membangunkan prasarana jalur lebar (WiFi) dalam masa 2 tahun.

Thursday, April 7, 2011

Tuan Guru Nik Aziz ke Sarawak Ahad ini



M Faqih
KOTA BHARU, 7 April: Biar pun media pro Barisan Nasional (BN) cuba menggambarkan jumlah penyokong Pakatan Rakyat agak kurang pada hari penamaan calon semalam, namun kejutan pula berlaku pada sebelah malamnya.

Program ceramah yang disebut hambar sebelum ini tiba-tiba bertukar rentak apabila kehadiran penduduk tempatan di luar jangka.

Ia secara tidak langsung menggambarkan rakyat Sarawak mempunyai disiplin tinggi hanya turun padang selepas wisel kempen pilihan raya ditiupkan semalam.

Banyak laporan menunjukkan program kempen calon Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP disambut hangat penduduk tempatan.

Restoran Cina yang menjadi tempat ceramah DAP dan PKR di pinggir bandar Kuching melimpah ke ruang luar.

Ramai penganalisis politik menjangka aktiviti kempen akan bertambah rancak minggu depan apabila Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut turun padang.

Masyarakat Melayu Melanau yang menjadi teras kepada kekuatan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) diketuai Tan Sri Taib Mahmud dibayangkan bakal beralih angin.

Kehadiran Menteri Besar Kelantan itu pada Ahad ini ditunggu mereka bukan sekadar sebagai seorang negarawan, sebaliknya tokoh agama yang disegani.

Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Shargowi Derahman berkata, rombongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut disertai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Selain itu Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah dan pegawai Perhubungan PAS Kelantan, Wan Zulkifli Wan Muhamad.

”Pada malam pertama Menteri Besar akan mengadakan ceramah bersama pemimpin tertinggi DAP di bandar Kuching,” katanya di sini.

Manakala pada sebelah pagi 11 April Mursyidul Am akan berkempen di Dun Muara Muang yang ditandingi calon PAS, Norani Hamzah.

Pada penamaan calon semalam Noraini hampir menang tanpa bertanding apabila calon BN, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud lewat mengemukakan penyata kewangan pilihan raya lalu.

Pengumuman parti yang layak bertanding paling lewat berlaku di situ.

Pegawai pengurus pilihan raya, Mohd Ainnie Wahab mengambil masa lebih dua jam untuk membuktikan Mohamad Ali telah menyerah penyata kewangan.

Ketika tempoh bantahan yang diadakan di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Kota Samarahan peguam PAS membantah calon BN dari PBB tidakmengemukakan penyata kewangan.

Wan Zulkifli pula berkata, pada tengahari 11 April Menteri Besar Kelantan dijangka menemui beberapa pemimpin tempatan yang disegani rakyat Sarawak.

”Pada sebelah petang diadakan ramah mesra dengan keluarga Persatuan Anak Kelantan di perantauan dan malamnya ceramah di Dun Sadong Jaya,” katanya.

Dun terbabit juga ditandingi calon PAS, Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi. PAS mempunyai peluang cerah di situ memandangkan BN hanya menang tipis pada pilihan raya negeri lalu iaitu majoriti 858 undi.

Selain itu PAS juga berpotensi besar di Dun Beting Maro apabila menampilkan peguam muda, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

BN juga menang tipis pilihan raya lalu iaitu majoriti sebanyak 895 undi. PAS juga bertanding di Dun Tanjung Datu dengan mengetengahkan calon wanita, Nani Sahari menentang Tan Sri Adenan Satim penyang dari BN PBB.

Manakala Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid pula bertanding di Dun Sebuyau.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dijangka bertolak pulang pada 12 April.

Wednesday, April 6, 2011

Senarai calon p'raya Sarawak


N01: OPAR: SARAWAK: 8,099

1. Stephen ak Sagir (SNAP)
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas)
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR)
4. Ranum ak Mina (BN-SUPP)

Penyandang: Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 3,585
Majoriti: 2,183

N02: TASIK BIRU: SARAWAK: 15,100

1. Datuk Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)
3. John Tenewi Nuek (PKR)

Penyandang: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 3,203
N03: TANJONG DATU: SARAWAK: 7,936

1. Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas)
3. Nani Sahari (PAS)

Penyandang: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,545
Majoriti: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: SARAWAK: 14,104

1. Suhaimi Selamat (Bebas)
2. Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)

Penyandang: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,217
Majoriti: 2,164

N05: DEMAK LAUT: SARAWAK: 10,437

1. Dr Hazland Abang Hipni (BN-PBB)
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)

Penyandang: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,094
Majoriti: 3,605

N06: TUPONG: SARAWAK: 17,796

1. Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)

Penyandang: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,885
Majoriti: 4,572

N07: SAMARIANG: SARAWAK: 15,942

1. Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR)

Penyandang: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,365
Majoriti: 2,488

N08: SATOK: SARAWAK: 10,431

1. Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)

Penyandang: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,222
Majoriti: 2,798

N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576

1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)
2. Wong King Wei (DAP)
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)

Penyandang: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi: 8,002
Majoriti: 1,417

N010: PENDING: SARAWAK: 29,488

1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP)
2. Violet Yong (DAP)

Penyandang: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi: 11,632
Majoriti: 4,372

N011: BATU LINTANG: SARAWAK: 27,833

1. Sih Hua Tong (BN-SUPP)
2. See Chee How (PKR)
3. Soo Lina (Bebas)

Penyandang: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi: 8,806
Majoriti: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: SARAWAK: 27,301

1. Chong Chieng Jen (DAP)
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)

Penyandang: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi: 6,579
Majoriti: 531

N013: BATU KAWAH: SARAWAK: 20,664

1. Christina Chew Wang See (DAP)
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,755
Majoriti: 4,180

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang/Incumbent: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,949
Majoriti/Majority: 5,063

N014: ASAJAYA: SARAWAK: 13,799

1. Abd Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
2. Arip Ameran (PKR)

Penyandang: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,949
Majoriti: 5,063

N015: MUARA TUANG: SARAWAK: 18,820

1. Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud (BN-PBB)
2. Noraini Hamzah (PAS)

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehil: 7,863
Majoriti: 6,327

N016: BENGOH: SARAWAK: 21,955

1. Willie ak Mongin (PKR)
2. Wejok ak Tomik (Bebas)
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)
4. Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)

Penyandang: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,540
Majoriti: 3,988

N017: TARAT: SARAWAK: 16,352

1. Ateng ak Jeros (SNAP)
2. Roland Sageh Wee Inn (BN-PBB)
3. Peter Ato ak Mayau (PKR)

Penyandang: Roland Sageh (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,854
Majoriti: 3,256

N018: TEBEDU: SARAWAK: 12,497

1. Kipli bin Ale (Bebas)
2. Datuk Seri Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
3. Christopher ak Kiyui (PKR)
4. Anthony ak Nais (SNAP)

Penyandang: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,107
Majoriti: 4,256

N019: KEDUP: SARAWAK: 17,466

1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)
2. Maclaine Ben @ Martin Ben (BN-PBB)
3. Amin ak Banti (Bebas)
4. Belayong ak Jayang (SNAP)

Penyandang: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,635
Majoriti: 1,981

N020: SADONG JAYA: SARAWAK: 7,656

1. Aidel Lariwoo (BN-PBB)
2. Mahayudin Wahab (Bebas)
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS)

Penyandang: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,715
Majoriti: 858

N021: SIMUNJAN: SARAWAK: 10,104

1. Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
2. Mashor Hussen (PKR)
3. Zaini bin Le' (Bebas)
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM)

Penyandang: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,786
Majoriti: 3,350

N022: SEBUYAU: SARAWAK: 8,042

1. Ali bin Semsu (Bebas)
2. Adam Ahid (PAS)
3. Julaihi Narawi (BN-PBB)

Penyandang: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,748
Majoriti: 2,448

N023: LINGGA: SARAWAK: 7,745

1. Abang Othman Abang Gom (SNAP)
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR)
3. Simoi Peri (BN-PBB)

Penyandang: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,245
Majoriti: 1,870

N024: BETING MARO: SARAWAK: 7,868

1. Razaili Gapor (BN-PBB)
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)

Penyandang: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,796
Majoriti: 895

N025: BALAI RINGIN: SARAWAK: 8,798

1. Ibi ak Uding (PKR)
2. Snowdan Lawan (BN-PRS)
3. Dan ak Giang (SNAP)
4. Lipeh ak Mawi (PCM)
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas)
6. Sujal ak Gansi (Bebas)

Penyandang: Snowdan ak Donald Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,075
Majoriti: 1,516

N026: BUKIT BEGUNAN: SARAWAK: 7,778

1. Mong ak Dagang (BN-PRS)
2. Lias ak Julai (Bebas)
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP)

Penyandang: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,083
Majoriti: 1,007

N027: SIMANGGANG: SARAWAK: 10,488

1. Leon Jimat Donald (DAP)
2. Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,144
Majoriti: 4,258

N028: ENGKELILI: SARAWAK: 9,444

1. Dr Johnichal Rayong ak Ngipa (BN-SUPP)
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)
3. Semijie ak Janting (SNAP)
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)

Penyandang: Dr Johnical Rayong ak Ngipa (SNAP)
Undi diperolehi: 3,442
Majoriti: 426

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728

1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)
2. Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)

Penyandang: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,907
Majoriti: 1,854

N030: SARIBAS: SARAWAK: 8,054

1. Ricky @ Mohammad Razi Sitam (BN-PBB)
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR)

Penyandang: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi: 2,441
Majoriti: 94

N031: LAYAR: SARAWAK: 8,109

1. Joe ak Unggang (SNAP)
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR)
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)
4. Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)

Penyandang: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,767
Majoriti: 2,677

N032: BUKIT SABAN: SARAWAK: 7,657

1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)
3. Robert Lawson Chuat (BN-PBB)

Penyandang: Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,258
Majoriti: 1,878

N033: KALAKA: SARAWAK: 14,167

1. Ismail bin Hussain (Bebas)
2. Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)

Penyandang: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi: 7,396
Majoriti: 5,929

034: KRIAN: SARAWAK: 11,016

1. Liman ak Sujang (SNAP)
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
3. Banyi ak Beriak (Bebas)
4. Ali ak Biju (PKR)

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089

N035: BELAWAI: SARAWAK: 8,623

1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas)
3. Datuk Talif @ Len Salleh (BN-PBB)

Penyandang: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,102
Majoriti: 3,316

N036: SEMOP: SARAWAK: 8,891

1. Abdullah Saidol (BN-PBB)
2. Ong Chung Siew (PKR)
3. Ajiji Fauzan (Bebas)

Penyandang: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,479
Majoriti: 3,226

N037: DARO: SARAWAK: 7,305

1. Murni Suhaili (BN-PBB)
2. Jamaludin Ibrahim (PKR)
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)

Penyandang: Murni Suhaili (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N038: JEMORENG: SARAWAK: 8,635

1. Asbor Abdullah (Bebas)
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas)
3. Gani @ Abu Seman Jahwie (BN-PBB)

Penyandang: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi: 3,567
Majoriti: 1,710

N039: REPOK: SARAWAK: 18,481
1. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
2. Dr Wong Hua Seh (DAP)

Penyandang: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 5,502
Majoriti: 576

040: MERADONG: SARAWAK: 15,337

1. Ling Kie King (BN-SUPP)
2. Ting Tze Fui (DAP)

Penyandang: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi: 5,990
Majoriti: 3,578

N041: PAKAN : SARAWAK: 9,274

1. Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)

Penyandang: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,138
Majoriti: 1,763

N042: MELUAN: SARAWAK: 11,487

1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)
2. Wong ak Judat (BN-SPDP)
3. Labang ak Jamba (SNAP)

Penyandang: Wong ak Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 5,086
Majoriti: 3,007

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058

1. Alexander Vincent (BN-PRS)
2. Yakup Khalid (Bebas)
3. Adeh ak Denong (PCM)
4. Michael ak Lias (SNAP)
5. Aris ak Alap (PKR)

Penyandang: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi: 2,582
Majoriti: 549

N044: MACHAN: SARAWAK: 9,944

1. Kong Tat Kim (PCM)
2. Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
3. George Chen Nguk Fa (PKR)
4. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)

Penyandang: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,045
Majoriti: 2,289

N045: BUKIT ASSEK: SARAWAK: 26,926

1. Hii Tiong Huat (Bebas)
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)
3. Wong Ho Leng (DAP)

Penyandang: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi: 10,380
Majoriti: 4,751

N046: DUDONG: SARAWAK: 26,251

1. Yap Hoi Liong (DAP)
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)

Penyandang: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,359
Majoriti: 408

N047: BAWANG ASSAN: SARAWAK: 16,743

1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)
2. Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,804
Majoriti: 2,504

N048: PELAWAN: SARAWAK: 28,808

1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
2. David Wong Kee Woan (DAP)

Penyandang: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,375
Majoriti: 263

N049: NANGKA: SARAWAK: 14,197

1. Dr Annuar Rapaee (BN-PBB)
2. Norisham Mohamed Ali (PKR)

Penyandang: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,202
Majoriti: 4,815

N050: DALAT: SARAWAK: 11,857

1. Datin Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)
3. Salleh Mahali (Bebas)

Penyandang: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding)

N051: BALINGIAN: SARAWAK: 11,792

1. Suriati Abdullah (PKR)
2. Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)

Penyandang: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi: 6,393
Majoriti: 5,726


N052: TAMIN: SARAWAK: 12,244

1. Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
2. Mengga ak Mikui (PKR)

Penyandang: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,639
Majoriti: 2,377

N053: KAKUS: SARAWAK: 9,604

1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)
2. Paul Anyie Raja (PKR)
3. John Sikie ak Tayai (BN-PRS)
4. Entali ak Empin (Bebas)

Penyandang: John Sikei ak Tayai (BN-PRS)
Undi diperolehi: 3,739
Majoriti: 2,852

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)
2. Edward Sumbang ak Asun (PKR)
3. George ak Lagong (Bebas)

Penyandang: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,965
Majoriti: 3,239

N056: BALEH: SARAWAK: 11,287

1. Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
2. Bendindang ak Manjah (PKR)

Penyandang: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi: 5,330
Majoriti: 4,802

N057: BELAGA: SARAWAK: 8,463

1. John Bampa @ Tusau (SNAP)
2. Liwan Lagang (BN-PRS)
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR)
4. Michael Jok (Bebas)
5. Matthew ak Munan (Bebas)
6. Kenneth Adan Silek (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227

N058: JEPAK: SARAWAK: 12,979

1. Ramli Malaka (SNAP)
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)
3. Datuk Talib Zulpilip (BN-PBB)
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas)
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)

Penyandang: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS)
Undi diperolehi: 4,997
Majoriti: 3,179

N059: KIDURONG: SARAWAK: 27,225

1. Chiew Chiu Sing (DAP)
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)

Penyandang: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi: 8,517
Majoriti: 1,664

N060: KEMENA: SARAWAK: 14,082

1. Liam Rengga (Bebas)
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)
3. Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
4. Ungun ak Bayan (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572

N061: BEKENU: SARAWAK: 10,672

1. Rosey Yunus (BN-SPDP)
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM)
3. Thony ak Badak (SNAP)
4. Ishak Mahwi (PKR)

Penyandang: Rosey Yunus (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,357
Majoriti: 3,072

N062: LAMBIR: SARAWAK: 14,144

1. Ripin Lamat (BN-PBB)
2. Zolhaidah Suboh (PKR)
3. Johari Bujang (SNAP)

Penyandang: Aidan Wing (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,331
Majoriti: 2,834

N063: PIASAU: SARAWAK: 16,600

1. Ling Sie Kiong (DAP)
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)

Penyandang: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,573
Majoriti: 3,918

064: PUJUT: SARAWAK: 22,577

1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
2. Fong Pau Teck (DAP)

Penyandang: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 6,493
Majoriti: 1,370

N065: SENADIN: SARAWAK: 22,432

1. Michael Teo Yu Keng (PKR)
2. Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)

Penyandang: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi: 7,173
Majoriti: 4,799


N066: MARUDI: SARAWAK: 13,093

1. Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
2. Michael Ding Tuah (Bebas)
3. Gerang ak Dagom (PKR)
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)

Penyandang: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,954
Majoriti: 4,284

N067: TELANG USAN: SARAWAK: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR)
2. Kebing Wan (SNAP)
3. Jok Ding (Bebas)
4. Dennis Ngau (BN-PBB)

Penyandang: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi: 4,593
Majoriti: 2,771

N068: BUKIT KOTA: SARAWAK: 14,471

1. Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
2. Leong Kwang Yew (DAP)
3. Usop Jidin (Bebas)
4. Ladis Pandin (Bebas)

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229

N069: BATU DANAU: SARAWAK: 7,636

1. Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
2. Dr Lau Liak Koi (PKR)
3. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958

1. Baru Bian (PKR)
2. Willie Liau (BN-SPDP)

Penyandang: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 2,064
Majoriti: 475

N071: BUKIT SARI: SARAWAK: 9,983

1. Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
2. Japar Suyut (PKR)

Penyandang: Datuk Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi: 5,596
Majoriti: 5,275

Monday, April 4, 2011

3 calon PAS diumum malam ini


Rizal Tahir
KUCHING, 4 April: Tiga orang calon PAS yang bakal bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak masing-masing diumumkan oleh tiga pemimpin tertinggi parti sebentar tadi di tempat berasingan.

Calon Benting Maro, Abang Ahmad diumum Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, calon di Sebuyau iaitu Pesuruhjaya PAS Sarawak, Haji Adam Ahid diumumkan oleh Timbalan Presiden, Nasaruddin Mat Isa dan calon Muara Tuang, Noraini Hamzah diumum Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Dua orang lagi calon PAS dijangka akan diumumkan esok.

Noraini yang juga sepupu kepada Senator Mumtaz Md Nawi merupakan anak kelahiran Bachok, Kelantan.

Surirumah yang juga aktivis PAS berusia 48 tahun itu bagaimanapun menetap di negeri itu lebih 30 tahun lalu selepas mendirikan rumahtangga dengan anak tempatan, Morshidi Ali.

Pakatan Rakyat tanding 69 kerusi di Sarawak

Harakahdaily
KUCHING, 4 April: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan akan bertanding di 49 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak yang menjadikan Pakatan Rakyat akan bertanding 69 daripada 71 kerusi DUN Sarawak.

Sebelum ini PAS mengesahkan bertanding di lima kerusi manakala DAP 15 kerusi. Pakatan hanya tidak meletakkan calon di dua kawasan iaitu Marudi dan Pakan sahaja.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan calon-calon DAP dalam pilihan raya ini.

PAS pula akan mengumumkan calonnya malam ini di lima kerusi yang dtandinginya untuk pilihan raya ini iaitu Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuan dan Tanjong Datu.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi akan mengisytiharkan calon PAS di Beting Maro manakala timbalannya Nasharudin Mat Isa di Sebuyau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan penamaan calon akan diadakan 6 April ini manakala 16 April adalah hari pembungan Undi di Sarawak.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan kesemua calon-calon PKR itu hari ini dengan Baru Bian, Pengerusi PKR Sarawak akan bertanding di Ba'kelalan Walaupun Barisan Nasional (BN) masih merahsiakan calonnya di situ.

Turut serta bersama beliau adalah Naib Presiden PKR, John Tenawi dan Penasihat PKR Sarawak, Habsah Harun. Azmin berkata, senarai calon diputuskan oleh PKR Sarawak dan dipersetujui oleh pimpinan PKR peringkat pusat.

Pagi tadi, Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian mengumumkan PKR telah putuskan bertanding di 47 kerusi manakala empat kerusi lagi masih dalam perundingan yang akan diumumkan oleh Azmin.

Baru Bian mengumumkan hal itu ketika bertemu dengan calon-calon PKR di Sibu iaitu untuk Sarawak Tengah dan Utara.

Sebelum ini, usaha dibuat oleh Pakatan untuk berunding dengan Snap namun sehingga akhir semalam parti itu berkeras untuk bertanding di 27 kerusi namun ia gagal di selesaikan dengan PKR.

Sebelum ini, Majlis Pimpinan Pakatan telah memutuskan PAS bertanding lima kerusi, DAP 15 manakala 51 kerusi lagi akan dirundingkan antara PKR dengan Snap.

Dalam sidang mediannya juga, Azmin mengumumkan, Adun PKR untuk Padungan, Dominic Ng Kim Ho akan bertanding kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dominic menang dalam pilihan raya negeri 2006 untuk kerusi itu apabila mengalahkan calon DAP dan calon BN dengan majoriti 1,417 undi.

Friday, April 1, 2011

Video Tulen .. Tapi Pelakonnya ?

oleh Nasrudin Hassan

1. Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen bukannya palsu. Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan demikian ? Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara.

2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan 4 orang saksi.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [ tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil ], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak.

4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya. Filem yang saya tonton itu pula adalah filem original \ tulen dan sharp pula gambarnya.

6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut.

Polis Sahkan Video Lucah Tulen
KUALA LUMPUR 1 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.

Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.

Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir