Wednesday, October 20, 2010

‘Tawan’ bangunan Umno simbolik tawan Putrajaya

Salmah Mat Husain
KOTA BHARU, 20 Okt: Dengan ‘tertawan’nya bangunan Umno Bahagian Kota Bharu yang kini menjadi hak milik Dewan Pemuda PAS Kelantan, diharap ia menjadi simbolik untuk ‘menawan’ Putrajaya nanti.


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sekiranya bangunan milik Umno Bahagian Kota Bharu itu dapat ‘ditawan’ Pemuda PAS semoga ianya dijadikan perangsang untuk menawan negara pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan bangunan baru Dewan Pemuda PAS yang bernilai RM4.5 juta, pagi tadi.

Katanya, kejayaan itu hasil kemenangan perjuangan yang didokong semua pihak khususnya golongan pemuda dalam menggalas tanggungjawab menyebarkan dakwah Islam.

“Kalau kita dapat menawan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan, diharap pada masa akan datang kita dapat menawan Putrajaya,” ujarnya.

Majlis perasmian bangunan yang dinamakan Asy-Syabab Point itu berlangsung dengan penuh gilang gemilang apabila Tuan Guru diarak ke pejabat berkenaan dari JKR 10 dengan menaiki motosikal yang diiringi 20 orang pemuda.

Tarikh 20 Oktober dipilih tarikh perasmian dan 20 orang pemuda mengiringi Tuan Guru menaiki motosikal klasik diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Hafiz Musa sebagai simbolik sempena 20 tahun pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, pada sidang media berkata dana pembelian bangunan tersebut diperolehi dari sumbangan orang ramai.

Katanya, ianya telah dikumpul menerusi empat kepimpinan Dewan Pemuda bermula Datuk Takiyuddin Hassan lagi.

“Namun yang lebih penting kita juga turut membuat pinjaman bank,” ujarnya.

Saturday, October 9, 2010

Jubli Emas PAS Kemaman: Biodata ‘Giant Killer’


Posted on Saturday, October 09 @ 09:30:00 PDT

Oleh: ustnik

"Saya mewancara mantan YDP PAS Kawasan Kemaman Paling Lama (1974-89, 1993-2006) bagi tujuan pameran dan arkib sempena Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman di rumahnya di Kampung Injin Gergaji awal pagi 7 Okt 2010. Beliau digelar ‘Giant Killer’ selepas mengalahkan bekas MB Terengganu Wan Mokhtar dalam PRU 1999. Ketika saya kecil, keluarga saya tinggal di belakang rumahnya. Waktu itu saya rapat dengan anaknya Jazlan yang agak sebaya dengan saya.

Tak sangka, selepas puluhan tahun, saya yang mewancaranya untuk diabadikan biodatanya sempena Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman ini. Moga biodata dan pengalaman beliau dapat menjadi motivasi kepada generasi muda yang baharu mengenali PAS khususnya di Kemaman

Nama Penuh: Awang Dagang bin Yusof

Tarikh Lahir: 14 Feb 1934

Nama isteri: Khatijah bt Awang Saman dan Hjh Hasmah bt Arifin

Anak-anak: 1952-Azizah, 1953-Maznah (meninggal dunia 2009), 1955-Nordin, 1957-Hasnah,

1958-Mahyudin, 1960-Fatimah, 1961- Zubaidah, 1965- Jazlan, 1966-Nasriah, Muhamad Furqan, Abdul Hadi, Siti Arma.

Persekolahan:

1945-48 Sekolah Melayu Kerteh

1948-49 Sekolah Pondok Bachok

1949-50 MadrasatulFalah (sekarang Sekolah Agama Al-Falah)

1952-60 Mengaji kitab dengan almarhum Hj Wan Harun bin Husain (datok kepada Ust Nik Nasri)

1959-60 Mengajikitab dengan TG Hj Hasbulah (anak murid Tok Kenali) Pondok Kg Buk, Ketereh, Jalan Kuala Krai, Kelantan.

Pengalaman Parti:

Mengikuti perkembangan parti mulai tahun 1954 dan menjadi ahli rasmi PAS pada tahun 1959

Menjadi JK Cawangan (sekarang Kawasan) sebagai JK Pemuda pada tahun 1960

1966- Timbalan YDP PAS Cawangan Kijal (sekarang Kawasan Kemaman) merangkap ketua PAS Ranting Ibok (sekarang cawangan)

1974-YDP PAS Kawasan Kemaman. Dalamasa yang sama menjadi guru agama Polis Daerah Kemaman, pegawai Seranta Tabung Haji. Dilantik menjadi guru agama dalam kapal haji dan di Mekah.

1975-Menerima pingat PJK

1999-Menang PRU 11 DUN Cukai mengalahkan Dato Amar DiRaja Wan Mokhtar yang lama menjadi MB Terengganu. Disebut ketika itu ‘Giant Killer’. Dilantik menjadi EXCO Kerajaan Negeri dan memegang Pengerusi portfolio JK Hal Ehwal Wanita dan Hubungan Antara Kaum. Pernah memegang jawatan AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu dan AJK Dewan Ulama.

Aktiviti sepanjang hidup ialah mengajar agama mulai 1956 dan penceramah politik PAS mulai 1966

Pengalaman kerja peribadi: Pernah dilantik sebagai Master Capital of National Museum (Kepala Tukang Bahagian Seni Muzium Nasional (sekarang Muzium Negara) di bawah Pengarah Muzium Hj Abdul Mubin Shepard selama 2 tahun iaitu tahun 1959-61.

Pesanan dari Mantan YDP Sempena Sambutan Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman 7-9 Okt 2010:

“Kita mengharapkan sahabat-sahabat dalam perjuangan terus Istiqamah, yakin dengan perjuangan ini, tolonglah agama Allah, Allah akan tolong kita.”

Wawancara Ustaz Nik Nasri, Ketua Unit Pameran & Arkeb Jubli Emas PAS Kawasan Kemaman 2010 dengan TG Ust Awang Dagang 7.30 pagi 7 Okt 2010.

(sekiranya ada kesilapan fakta, pohon betulkan)
pakabiz@gmail.com
http://delima63.pomepureasia.com


"

Wednesday, October 6, 2010

Jawatan Kosong sebagai Pembantu Tadbir Markaz Ehsan


Paka: 7 Oktober 2019
Markaz Ehsan sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan sebagai Pembantu Tadbir. Kepada Muslimat yang berminat untuk menguruskan pejabat sila hantar resume kepada Setiausaha, Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka)No 1 Kg Pinang Merah Paka, Terengganu dengan menyatakan pengalaman serta kelulusan akedamik. Sila nyatakan juga gaji yang diminta semasa menghantar resume. Tarikh tutup permohonan ialah pada 15hb Oktober 2010.
Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan disarankan supaya membuat permohonan untuk jawatan ini. Satu sesi temuduga akan diadakan sebelum akhir bulan Oktober 2010.