Tuesday, July 27, 2010

Saman Ekor adalah ISA kedua negara


http://episodeperjuangan.blogspot.com/
1. ISA adalah satu akta yang zalim kerana menahan dan menghukum tanpa bicara. Begitulah dengan Saman Ekor yang yang dihantar notis samannya terus memaksa penerimanya membayar saman tersebut tanpa mereka diberi peluang melalui proses pengadilan di mahkamah .

2. Jika seseorang ditahan dalam satu - satu sekatan jalanraya oleh pihak polis trafik ataupun JPJ dan kemudiannya surat saman dikeluarkan agar pemandunya menandatangani surat tersebut , pun tidak bermaksud pemandu itu mesti terus membayar saman tersebut .

3. Sebaliknya pemandu itu akan dihadapkan ke mahkamah . Tandatangan itu hanya persetujuan untuk hadhir ke pembicaraan di mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan dalam surat saman tersebut . Kecuali pihak pemandu mengambil langkah mahu menyelesaikan kes di luar mahkamah dengan membayar kompaun . Itu pilihan yang ada .

4. Saman Ekor jelas menzalimi pengguna jalanraya . Pihak polis seperti mengendap - ngendap atau menyorok mahu mengenakan mangsa . Lalu surat saman dihantar ke rumah dan penerima mesti membayar saman tersebut jika tidak beberapa tindakan lain akan dikenakan seperti tidak boleh menyambung roadtax dan lain - lain .

5. Sepatutnya saman tersebut tidak menghukum rakyat atau pengguna jalanraya sebaliknya membawa mereka ke mahkamah untuk diadili sebab bukan satu kes kesilapan dan kekeliruan berlaku . Apa yang penting rakyat perlukan keadilan dan peluang mereka membela diri jika mereka merasakan mereka tidak bersalah .

6. Jika pihak polis mempunyai bukti yang kukuh , maka usah dirisau kerana pesalah tetap akan dihukum atau tidak terlepas dari hukuman justeru pihak polis mempunyai bukti yang kukuh . Apa yang kita maksudkan ialah memberi ruang proses keadilan itu berlaku .

7. Perkara kedua ialah kerajaan sepatutnya mengambil langkah mendidik rakyat atau pengguna jalanraya agar memandu dengan selamat dan mematuhi peraturan jalanraya . Pengalaman saya di Jepun , setiap kenderaan dibekalkan sejenis alat mengesan kelajuan dan alat itu akan mengeluarkan bunyi siren yang kuat apabila pemandunya memandu melebihi had laju yang dibenarkan .

8. Saya difahamkan bahawa kaedah di Jerman bagaimana beberapa buah kereta peronda polis akan berada di beberapa lokasi pada kadar setiap 5 ke sepuluh kilometer sebelum satu - satu sekatan atau tindakan dikenakan kepada pengguna yang masih melanggar peraturan jalanraya . Cara itu dilihat berkesan dan mengurangkan kadar saman dikeluarkan kepada pengguna jalanraya dan pengguna juga selamat .

9. Apa yang berlaku dalam negara kita seperti pihak berkuasa mahu mengenakan pengguna jalanraya . Malah perkataan " Jerangkap Laju " itu sendiri telah menggambarkan bahawa pihak berkuasa mahu memerangkap bukan mendidik pengguna jalanraya .

10. Pengamatan saya mutaakhir ini , hampir setiap kali menghadapi pilihanraya umum akan timbul isu seperti saman ekor ini . Seolah - olah kerajaan sedang memeras rakyat untuk mendapatkan wang saku kerajaan UMNO dan BN bagi menghadapi pilihanraya umum . Malanglah jika perkara ini benar . Jika begini , Saman Ekor telah menjadi ISA kedua negara untuk terus membelenggu rakyat dengan kezaliman menghukum tanpa bicara


Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

PR Perak sedia peguam bela pesalah saman ekor

http://misabah.blogspot.com
Pakatan Rakyat Perak sedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah. Demikian dijelaskan oleh YB Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin dalam sidang akhbar pagi tadi bersama dengan peguam Asmuni Awi.

Sidang akhbar tersebut turut dihadiri oleh beberapa pimpinan dan adun Pakatan Rakyat. Menurut Tn. Hj Asmuni Awi, seorang pengamal undang-undang dan juga Pengarah Pilihanraya PAS Perak, tindakan JPJ yang tidak mahu memperbaharui cukai jalan kepada pesalah saman ekor adalah bertentangan dengan peraturan dan undang-undang, pesalah saman ekor tidak pernah dibuktikan bersalah samada melalui pengakuan atau pembuktian pihak pendakwa. Tindakan ini jelas satu penganiyaan ke atas rakyat.

Saman ekor melalui perangkap kamera ke atas pesalah jalanraya tidak dianggap satu kesalahan yang dilakukan oleh pemilik kenderaan selagi tidak dibuktikan di mahkamah.

Tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah.

Pakatan Rakyat Perak melalui pasukan peguamnya bersedia memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana pesalah saman ekor.

Ustaz Misbahul Munir Masduki,
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Isu Saman Ekor, JPJ Sila ambil Perhatian.


Tuesday, July 27, 2010
Posted by Ibnu Hasyim at 2:34 PM PENGGUNA


PARIT BUNTAR 27 JUL 10: Tindakan Pakatan Rakyat Perak memberi khidmat guaman percuma kepada mana-mana rakyat Perak yang mahu membawa isu saman ekor ke mahkamah, mendapat sokongan dari PAS Parit Buntar.

Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Sharin berkata, tindakan kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertindak menyenarai hitam sehingga mereka tidak dibenarkan untuk membaharui cukai jalan amat dikesali.

“ Ini adalah satu kezaliman, kerana ada di kalangan mereka tidak tahu menahu berkenaan saman tersebut.

“Ada mereka yang dikenakan saman kerana membawa kereta melebihi 60 kilometer sejam. Logikkah saman ekor di kawasan berkenaan, mana ada kenderaan sekarang yang berjalan 60km/jam di jalan raya” katanya


Azhar berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan semula tindakan ini, kerana ia menyusahkan rakyat dan menzalimi rakyat.


“Kami di Parit Buntar juga mendengar rungutan rakyat yang disenarai hitam kerana saman ekor ini. Oleh kerana perlukan memperharui cukai jalan mereka terpaksa membayar saman berkenaan.


“ Tindakan PR Perak sediakan peguam amat dialu-alukan dan rakyat yang tidak puas hati terhadap saman ekor ini boleh menggunakan peguam PR Perak membawa kes ke mahkamah” kata Azhar yang juga seorang peguam.


Menurutnya, tindakan tidak boleh memperbaharui cukai jalan seolah-olah pemilik kenderaan sudah dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

"Ini bercanggah sama sekali dengan keadilan yang sebenar, pengguna jalan raya sekalipun di perangkap dengan kamera mesti dibuktikan bersalah terlebih dahulu oleh mahkamah, dan pengguna tersebut mesti diberi peluang membela diri di mahkamah” katanya.

SAMAN EKOR SATU KEZALIMAN

Apa tindakan kita? UNDI LAH PAKATAN RAKYAT DALAM PRU 13
Saman ekor diteruskan

Oleh ASSIM HASSAN
assim.hassan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap meneruskan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab.

PDRM juga pada masa sama, menurutnya, akan menyenaraihitamkan pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis diserahkan.

Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 17 dan Seksyen 29 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Mengikut kedua-dua seksyen terbabit, polis dan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) boleh menyenaraihitamkan pemilik kenderaan sekiranya mereka masih ada urusan (saman) yang belum diselesaikan dengan polis atau JPJ, maka mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini menerima banyak rungutan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan saman ekor.

Selasa lalu, seorang pembaca dalam suratnya kepada akhbar ini berhujah yang seseorang pengguna sepatutnya tidak dihukum dan disenaraihitamkan selagi belum diputuskan bersalah oleh mahkamah.

Abdul Aziz bagaimanapun menjelaskan, sebelum menyenaraihitamkan setiap pemilik kenderaan, satu notis saman akan dikeluarkan kepada mereka dan menunggu maklum balas daripada pemilik tersebut sama ada mereka atau orang lain yang melakukan kesalahan itu.

Beliau berkata, pihaknya memberi tempoh selama tujuh hari kepada setiap pesalah untuk memberi maklum balas terhadap notis itu dan menyerahkannya semula kepada PDRM.

"Sebagai contoh, jika kesalahan itu dilakukan oleh orang lain dan menggunakan kenderaan mereka, pemilik kenderaan perlu menyatakan nama dan alamat pemandu berkenaan agar satu saman diserahkan kepada mereka yang melakukan kesalahan itu.

"Bagaimanapun, jika pemilik kenderaan itu memberikan maklumat yang salah, maka tindakan tegas akan diambil ke atasnya," katanya.

Tambah Abdul Aziz, pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada lebih 2.5 juta pemilik kenderaan sejak September 2009.

Beliau berkata, sebanyak 1.07 juta pengguna lalu lintas yang melakukan kesalahan dan mengabaikan saman disenaraihitamkan sejak ia dikuatkuasakan 15 April lalu.

Menurut beliau, notis yang diberikan sejak September tahun lalu itu dilihat memadai untuk memaklumkan kepada orang kena saman (OKS) agar membayar saman mereka bagi mengelak disenarai hitam.

Katanya, pengguna yang disenarai hitam adalah mereka yang melakukan dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju serta melanggar lampu isyarat.

Pihaknya mempunyai bukti seperti rakaman gambar kesalahan setiap pengguna sebelum mengeluarkan saman tersebut.

"Sekiranya pemilik kenderaan itu tidak memberi sebarang maklum balas, maka pihak polis beranggapan pemilik terbabit benar melakukannya dan diminta untuk membayar saman berkenaan," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz meminta agar setiap pemilik kenderaan mengemas kini alamat masing-masing bagi memudahkan segala urusan berkaitan saman.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Pemilik kenderaan juga tambahnya, boleh merujuk saman ekor yang mereka terima di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekiranya yakin tidak melakukan kesalahan tersebut

Friday, July 23, 2010

Gotong Royong Menceriakan Bangunan Markaz Ehsan



Markaz Ehsan akan mengadakan gotong royong untuk meenceriakan halaman dan membersihkan bangunan PASTI AnNurin dan Pejabat Pentadbiran Pusat Khidmat Msyarakat DUN Paka yang baru siap dibina dengan kos lebih RM100,000.00 hasil sumbangan derma ahli dan penyokong PAS. Gotong Royong akan diadakan pagi ini 24 Julai 2010 mulai jam 8 pagi.....semua dijemput hadir.

Friday, July 16, 2010

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

15 Julai 2010
3 Syaaban 1431H.

Harga petrol, diesel, gula dan Petroleum Gas Cecair (LPG) naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:

•Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
•Diesel - RM1.75 seliter.
•Gula - RM1.70 sekilogram
•Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

•Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
•Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
•Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.
Malaysiakini/-
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:39 PM

Sunday, July 11, 2010

Miinum Petang Bersama TPJ PAS Terengganu



Markaz Ehsan telah berjaya menganjurkan Hi Tea bersama Ustaz Saiful Bahri Mamat Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu di di sebuah Resort di Paka petang tadi.Tetamu yang hadir terdiri dari kalangan pekerja pelbagai syarikat swasta sekitar DUN Paka.




Beliau telah mengajak para hadirin membantu Markaz Ehsan untuk mewujudkan one stop centre bagi kerja dakwah dan kebajikan dalam DUN Paka. Seterusnya beliau telah memaklumkan bangunan baru Markaz Ehsan yang hampir siap akan menempatkan pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka.

Wednesday, July 7, 2010

Markaz Ehsan ziarah Puan Norizan


Ustaz Saiful Bahri Mamat dan rombongan dari Markaz Ehsan


Paka 7 Julai 2010
Petang semalam lebih kurang jam 6 petang rombongan dari Markaz Ehsan seramai 10 orang telah pergi menziarahi puan Norizan Wahab Setiausaha Muslimat DUN Paka yang baru balik dari IJN selepas menjalani rawatan jantung.

Beliau nampak ceria dengan kehadiran sahabat-sahabat dari Markaz Ehsan. Ust Saiful Bahri Mamat Pengerusi MTD Paka selaku penasihat Markaz Ehsan telah menghulurkan sumbangan derma kepada beliau. Markaz Ehsan mengucapkan berbanyak terima kasih atas derma dan sumbangan orang ramai kepada tabung yang diujudkan oleh Markaz Ehsan bagi membantu puan Norizan membiayai sebahagian kos rawatan di IJN tempohari.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Pengerusi Markaz Ehsan, Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, Setiausaha Markaz Ehsan, Ketua Nisa`DUN Paka dan AJK Markaz Ehsan.

Friday, July 2, 2010

SPR: Nisbah pengundi baru 2:1, bukan 1:40



Jimadie Shah Othman
Jul 2, 10
4:19pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan jumlah sebenar pendaftaran bagi pemilih baru antara Melayu dan bukan Melayu adalah dalam nisbah 2:1, bukannya 1:40 seperti yang didakwa seorang pemimpin Pemuda Umno baru-baru ini.

Menurut pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan) nisbah dua Melayu dan 1 bukan Melayu itu dikira berdasarkan lebih setengah juta pendaftaran baru sejak suku tahun pertama 2008 hinggalah suku tahun pertama pada tahun ini.

"Tanyalah dia (Pemuda Umno) daripada mana dia dapat (nisbah 1:40)?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pergerakan itu mendapati nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak pilihan raya umum 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.

Pengerusinya Hishamudin Yahya dilaporkan berkata kajian pihaknya itu merangkumi keseluruhan aspek termasuk umur dan jantina membabitkan golongan muda dan tua.

Justeru, beliau dilaporkan berkata, senario ini seharusnya menyedarkan orang Melayu bahawa kuasa politik mereka boleh terhapus jika terus enggan mendaftar sebagai pengundi.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya hari ini, Abdul Aziz menjelaskan daripada keseluruhan 569, 137 pemilih baru, sebanyak 62 peratus atau 355,807 orang daripada kalangan orang Melayu, Cina sebanyak 23.03 peratus (131,047 orang) dan India 4.89 peratus (27,823 orang).

Manakala bagi bumiputera Sabah pula sebanyak 3.67 peratus (20,871 orang), bumiputera Sarawak sebanyak 4.76 peratus (27.104 orang), Orang Asli 0.42 peratus (2,378) dan lain-lain sebanyak 0.72 peratus (4,109 orang).

Statistik Mei berbeza

Bagaimanapun, menurut Abdul Aziz pendaftaran pada bulan lalu melalui parti politik menunjukkan golongan Melayu ketinggalan berbanding kaum bukan Melayu.

"Mungkin dia petik (yang) itulah," katanya yang mendakwa memantau kadar tersebut setiap bulan.

Ditanya adakah nisbah untuk bulan lalu itu boleh mencapai tahap 1:40, Abdul Aziz menjawab:

"Kalau yang itu saya tak pasti. Tetapi kalau (nisbah) 1:40 itu, mana dia dapat tanya dialah.

"Saya tidak mahu komen nisbah orang lain. (Kalau) satu (Melayu) dengan 40 (bukan Melayu), maknanya 1,000 (Melayu), (bersamaan) 40,000 (orang bukan Melayu)."

Abdul Aziz (kiri) berharap fenomena itu hanyalah bersifat sementara.

Beliau juga mendedahkan, DAP merupakan parti politik paling aktif mendaftarkan pengundi baru buat masa ini.

"(Buat masa) sekaranglah. Pada bulan Mei, kamu tengok dia (DAP daftar) 14,000 (orang), Umno (hanya) 7,000," katanya.