Monday, May 31, 2010

Dr Rani selamat, Jamuliddin dan wartawan Awani tidak diketahui



Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 31 Mei: Semua rombongan rakyat Malaysia yang menyertai Konvoi Bantuan Antarabangsa Gaza selamat walaupun 16 dari anggota konvoi itu terbunuh dan lebih 30 cedera.

Adun PAS dari Meru, Dr Rani Othman dalam smsnya berkata beliau selamat dan kini kapal yang dinaikinya dipaksa berlabuh di Haifa.

Namun begitu, keadaan Timbalan Pengarah Yayasan Amal, Jamuliddin Elias belum diketahui lagi kerana tidak ada sebarang perhubungan dengan beliau. Setiausaha Politik MB Selangor, Nik Nazmi berkata, Jamuliddin berada di atas salah satu kapal dalam konvoi itu.

Lapan rakyat Malaysia disahkan berada dalam Mavi Marmara, kapal utama dalam flotila pro-Palesti yang diserang tentera Israel hari ini

Manakala itu, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan kini berada di Istandul dan sedang berusaha untuk menyertai penduduk tempatan Turki yang sedang berdemo menentang tindakan Israel terhadap konvoi damai itu.

Turut selamat adalah tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) iaitu Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu dan anggota parlimen kawasan Parit, Mohd Nizar Zakaria.

Mereka turut disertai wartawan TV3 Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin.

Namun begitu nasib dua wartawan Astro Awani tidak diketahui.

Shamsul berkata mereka berada kira-kira 1,000 batu nautika dari Gaza.

"Kami telah mendengar mengenai IHH (kapal Turki). Rancangan sekarang adalah untuk terus maju dan berpatah balik sekiranya terdapat amaran daripada tentera Israel," katanya.


BAITULMAQDIS 31 Mei – Stesen televisyen Channel 10 TV dalam laporan terbarunya hari ini meletakkan angka korban serangan komando Israel ke atas Flotila Pembebasan meningkat kepada 19 orang dengan 26 lagi cedera. – AFP

Thursday, May 6, 2010

Pejabat Markaz Ehsan dalam pembinaan

Gambar Bangunan Markaz Ehsan masih dalam pembinaan sekarang.

InsyaAllah setelah siap bangunan yang akan menempatkan pejabat Markaz Ehsan ini nanti segala aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan boleh berjalan dengan lebih lancar lagi. Sebagai penyelaras kepada kerja-kerja kebajikan dalam DUN Paka, Markaz Ehsan telah berjaya memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan di sekitar DUN Paka dan juga telah memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan UPSR dan SPM. Markaz Ehsan juga dikenali sebagai pusat bayaran bil utiliti seperti TNB, SATU, Telekom dan lain2 secara percuma tanpa bayaran service charge akan berjalan semula seperti diawal penubuhannya dahulu insyaAllah. Setiap tahun Markaz Ehsan telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mendapat sambutan dari masyarakat tempatan dan golongan pekerja JKS.

Sumbangan boleh dimasukkan dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad No: 13044010003623 atas nama MARKAZ EHSAN dan kami ucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan sekalian yang telah memberi sumbangan hingga tertegaknya bangunan pusat operasi Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka)

Markaz Ehsan bersebelahan dengan Pasti Al-Nurin Pinang Merah.