Monday, April 27, 2009

MAJLIS PERDANA TAHLIL & SOLAT HAJAT


Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka (Markaz Ehsan) akan menganjurkan Majlis Perdana Tahlil & Solat Hajat pada 30 April 2009,Selepas solat maghrib Khamis malam Jumaat bertempat di Surau Darul Salam (Surau Pak Bakar) hadapan Stessen Minyak Esso Paka.
Mantan ADUN Paka yang juga penasihat Markaz Ehsan Ust Saiful Bahari Mamat akan memberi Tazkirah sebelum program tersebut
Tujuan program ini dibuat adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk membuat tahlil secara berjamaah yang dapat menjimatkan belanja. Disamping itu semua kutipan majlis tersebut akan diwakafkan untuk menyiapkan bangunan Markaz Ehsan yang sedang dalam pembinaan. Markaz Ehsan juga memang terkenal dengan aktiviti kemasyarakatannya seperti menganjurkan majlis berkhatan secara berjamaah, SHARAF/Jamuan Hari Raya, memberi bantuan kepada fakir miskin, turut memberi sumbangan kepada pelajar terbaik dalam UPSR dan SPM.

Majlis Tahlil Perdana telah beberapa kali diadakan di Masjid dan Surau sekitar DUN Paka sebelum ini tel;ah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat. AJK Markaz Ehsan telah pun mengedarkan borang penyertaan kepada seluruh cawanganm PAS dalam DUN Paka. Kepada yang berhajat boleh lah menghubungi PAS Cawangan yang berhampiran atau telefon 019-9664398 Sdra Mutalib Abdullah selaku Pengarah Program.

Saturday, April 11, 2009

Biz Talk e-Shoppe iCASH Global Rewards di Hotel IPM Dungun

Malam ini Sabtu 11/4/2009 jam 9mlm Konsortium e-Shoppe Zon Timur akan mengadakan Biz Talk di Hotel IPM (Sebelah CALTEX/hadapan CIMB Bank) Dungun terengganu .
Majlis Penerangan e-Shoppe iCASH Global Rewards diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak dapat hadir pada pelancarannya di Paka dahulu. e-Shoppe iCASH baru saja dilancarkan di Pusat Niaga Paka pada 1hb April 2009 yang lalu oleh Tuan Haji Kamal CEO Equity Drive pemilik laman web www.theSpaceAds.com
Majlis akan dimulakan pada jam 9mlm. Semua ahli dan prospek dijemput hadir. Segala masaalah berhubung e-Shoppe akan terjawab malam ini.....

e-Shoppe iCASH adalah yang pertama di dunia dalam bisnes tanpa menjual atau menaja tetapi cuma berbelanja sahaja dapat menjana >RM 12K setiap bulan.
Jika anda tidak percaya sila datang dan dengar lepas itu fikir2kan.... dan sms kpd saya 0199822494 untuk keterangan lanjut.

Monday, April 6, 2009

Banner PAS disimbah cat oleh Pemuda UMNO??

Bukit Gantang 07April 09 ;
BN bertindak liar di UPU Jelutong DUN Changkat Jering dengan membiarkan penyokong mereka bertindak liar. Tindakan mereka seolah2 menunjukkan kebiadaban terhadap demokrasi di Malaysia

Friday, April 3, 2009

UNDI LAH NIZA


Najib umum Harakah dan Suara Keadilan bebas, dan 13 tahanan ISA juga bebas.

Semasa memberi ucapan exclucive sebentar tadi melalui TV, Perdana Menteri Malaysia yang baru dilantik, DS. Najib Tun Razak mengumumkan pembebasan akhbar Harakah dan Suara Keadilan dari sekatan permit penerbitannya yang digantung sebelum ini selama 3 bulan.

Selain itu beliau juga mengumumkan sama seramai 13 orang tahanan ISA dibebaskan.