Monday, December 29, 2008

Laksana Hudud untuk orang Islam - Presiden

MONDAY, 29 DECEMBER 2008 00:14


SHAH ALAM, 27 Dis - Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyatakan bahawa pelaksanaan hudud seperti yang diperintahkan di dalam Al-Quran adalah untuk orang Islam.
Masyarakat bukan Islam tidak perlu bimbang kerana jika hukum hudud dilaksanakan di negara ini, mereka boleh mengikut undang-undang mereka sendiri.
"PAS tak perlu terangkan kerana undang-undang hudud tiada kena mengena dengan orang bukan Islam," tegas beliau.
"Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu telah diwartakan" katanya dalam sdiang akhbar selepas merasmikan kempen " Jom Sertai PAS" di dataran Shah Alam.
Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untuk dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.
Beliau mengatakan bahawa "perkara awal yang perlu diberi perhatian ketika ini ialah masalah seperti pengangguran, pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga yang semakin teruk".
http://www.theSpaceAds.com/?rId=133341

Hi-Tea Bersama CEO & GM thespaceAds.com

Assalamualaikum
Pihak Pengurusan thespaceAds .com menjemput semua ahli thespaceAds datang seramai mungkin pada program paling istemewa untuk ahli thesapceAds.com kawasan utara sebelum akhir tahun ini.

Program Hi-Tea tersebut akan diadakan pada 29/12/2008 jam 5 ptg bertempat di Restoren Kasim Mustafa, Bayan Baru, Penang.

Sila hadir bersama 2 orang rakan prospect dan suspect http://www.thespaceads.com/

Jika anda berminat untuk mendengar sendiri motivasi CEO thespaceAds.com harap datang ok.

CEO Bigmoney sedang kempen tambah ahli http://www.thespaceads.com/ di Cendering dalam Parlimen Kuala Terengganu . Ramai juga yang berminat untuk mengenali apa itu internet bisnes. Insya!Allah 50 orang akan menyertai thespaceAds sebelum akhir tahun ini kata CEO Bigmoney.

Sunday, December 28, 2008

ही-टी बेर्समा सीईओ & GM

तारीख: २९/१२/२००८
मासा: ५प्त्ग

तेम्पत: एस्तोरें कस्सिम मुस्तफा, केजी बरु, पेनांग

Wednesday, December 10, 2008

Seminar Pengiklanan internet - Live

Semua Peniaga atau usahawan kecil/besar dijemput hadir untuk mendengar secara live dari Dewan Seminar Madrasah Darul Bayan Pinang Merah pada:
12 Disember 2008
Hari: Jumaat
Masa: 9 malam
Tempat: Dewan Seminar Madrasah Darulbayan Pinang Merah Paka Terengganu.

Semua muslimin & muslimat dijemput hadir dengan membawa 2 orang rakan.
Penyertaan adalah percuma dan jamuan ringan akan disediakan.
Sila confirmkan kehadiran dengan menghantar emel kpd: markazehsan@yahoo.co.uk
Hadiah cabutan bertuah juga disediakan untuk peserta yang bernasib baik......jangan terkejut handphone anda dihujani oleh us$???????

Sunday, December 7, 2008

PAS mampu merampas semula Parlimen P36 Kuala Terengganu

Ketua JKS dan NGO PAS Kawasan Dungun Sdra Hj Ab Hamid bin Hj Ismail yakin dapat menawan semula Parlimen Kuala Terengganu berasaskan sokongan dan sumbangan terbuka dari kalangan kakitangan kerajaan dan swasta disekitar Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau sendiri yang rapat dengan sebahagian besar pimpinan UMNO dan penyokong Pakatan Rakyat Terengganu telah diberitahu oleh penyokong atas pagar secara berterus terang bahawa kali ni kami akan menyokong PAS tanpa mengira siapa yang bertanding asalkan dari PAS. Kesedaran timbul akibat keperitan hidup pekerja sektor swasta yang teraniaya dibawah kerajaan BN.
Beberapa hujah yang diberikan oleh golongan atas pagar ialah dalam PRU12 yang lalu PAS telah mencapai kemenangan 100% kerana berjaya meningkatkan satu kerusi parlimen dan juga 4 kerusi DUN termasuk juga di Parlimen Kuala Terengganu cuma kurang 628 undi. Prestasi PAS harus dilihat dari sudut `PENYELESAIAN POLITIK`semasa dalam menanggapi persoalan politik pilihanraya umum ke12 2008 yang lalu.
Rata-rata berpendapat bahawa kali ini masyarakat China akan menyokong calon PAS ekoran dari rakan-rakan mereka sebelah pantai barat telah mengubah haluan dengan menyokong Pakat6an Rakyat dan yakin dengan kemampuan PAS mentadbir Perak, Kedah dan Kelantan dengan cemerlang tanpa masaalah. Begitu juga pengundi atas pagar yang ramai menyokong PR dalam PRU12 yang lalu.
PAS Terengganu juga nampaknya telah bersedia lebih awal untuk mengambil alih kerajaan Negeri Terengganu dari UMNO dan Barisan Nasional. Markaz Ehsan (Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paka ) telah memberikan komitmen untuk membantu calon PAS dalam PRKP36 Parlimen kuala Terengganu dengan menghantar pasukan sukarela termasuk Doktor dan profesional yang telah banyak menyumbang kepada markaz Ehsan untuk membantu kempen pilihanraya nanti insya`Allah.
Markaz Ehsan telah berjaya mengumpul lebih RM3,000.00 hasil dari sumbangan pekerja2 JKS & Swasta sekitar Paka untuk membantu PAS DUN Paka memberi sumbangan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik. mereka. Sumbangan berterusan adalah diharapkan untuk membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan boleh disalurkan terus kedalam akaun Markaz Ehsan atau kepada penasihat markaz Ehsan Mantan ADUN Paka Ust Saiful Bahri Mamat.
DUN Paka sekarang ini dalam proses mengumpulkan data penerima bantuan atau penerima zakat untuk diberi bantuan secara berterusan. Oleh kerana musim hujan dan kelewatan siapnya bangunan Markaz Ehsan ramai penyumbang yang menyarankan supaya Markaz Ehsan mencari Pejabat di Pusat Niaga Paka.
Beliau yang juga Pengerusi Markaz Ehsan telah berjaya mendapatkan satu ruang pejabat di Pusat Niaga Paka dan masih dalam perbincangan untuk membuat renovation. Oleh yang demikian beliau berharap sumbangan yang berterusan dari para dermawan dapat menjayakan aktivi sosial Markaz Ehsan yang menjadi harapan Tuan Guru Presiden semasa merasmikan nama Markaz Ehsan lebih 10 tahun yang lalu insya~Allah.